Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi penjelasan mengenai hantarannya tentang pasangan sekufu yang sebelum ini mengundang salah faham dalam kalangan sesetengah pihak.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Jadikan Rumah Tangga Tun Mahathir & Tun Hasmah Sebagai Contoh – ‘Bukan Sekadar Cinta, Cari Yang Sekufu’
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Masuk Wad Kecemasan, Alami Luka Dalam Tekak – ‘Setiap Hari Tidur Lewat, Sibuk Kerja & Belajar’
Puteri Sarah nafi perli mana-mana individu

Ketika ditemui , Puteri Sarah menjelaskan bahawa perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya sekadar pandangan peribadi mengenai rumah tangga Tun Mahathir dan Allahyarhamah Tun Hasmah yang disifatkannya sebagai pasangan sekufu.
Tiada kena mengena dengan sesiapa, saya cuma memberi pendapat sahaja. Saya tengok Tun Mahathir dan Allahyarhamah Tun Hasmah adalah pasangan yang sekufu.
Mengulas lanjut, pelakon drama Polis Peronda itu berkata istilah ‘sekufu’ bukan sekadar merujuk kepada harta dan status semata-mata, tetapi juga melibatkan keserasian dari segi pemikiran dan persefahaman.
Orang selalu salah faham, mereka ingat sekufu itu adalah tentang harta, pendidikan dan status. Maksud sekufu itu sebenarnya ialah sama pemikiran, sefahaman dan boleh komunikasi.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima yang berlangsung Musolla Aisya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap dapat menemui pasangan yang sekufu untuk perkahwinannya pada masa akan datang.
InsyaAllah untuk perkahwinan saya selepas ini, itu (sekufu) yang saya mahukan.
Saya tidaklah kata harta itu tidak penting, sebab ia masih perlu untuk bayar bil dan sebagainya. Kewangan kena stabil juga sebab kita pun bekerja juga jadi kita sama-samalah. Tapi pada saya paling penting adalah mentaliti dan sefrekuensi.
Ditanya mengenai kesukaran mencari pasangan yang sekufu, Puteri Sarah berkata seseorang perlu mengenali bakal pasangan terlebih dahulu untuk melihat keserasian sebelum membina kehidupan bersama.
Kita kena kenal orang tu dahulu, sama ada berkongsi minat dan hobi yang sama atau tidak. Kita pun tak tahu pasangan kita selepas ini macam mana kalau Allah dah bagi tapi sebagai manusia kita kena mencari yang bersesuaian untuk kita.
Sebelum ini, Puteri Sarah memuat naik satu hantaran di media sosial mengagumi dan terinspirasi dengan kemanisan rumah tangga pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah yang disifatkan sebagai pasangan yang sekufu.
Perkongsian itu bagaimanapun disalahertikan oleh segelintir warganet yang menganggap hantaran Puteri Sarah itu ditujukan kepada segelintir individu.
The post Puteri Sarah Nafi Hantaran ‘Sekufu’ Sindir Mana-Mana Individu – ‘Tiada Kena Mengena Dengan Sesiapa, Saya Cuma Beri Pendapat’ first appeared on OHBULAN!.





