Pelakon, Diana Danielle tampil berkongsi pandangan mengenai sesebuah hubungan yang memerlukan pasangan untuk bersungguh-sungguh dalam mempertahankannya.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Cari Cef Peribadi Pakar Nutrisi, Tidak Mahu Kedua Anak Makan Nasi Berlauk Setiap Hari
Tips bercinta

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, menasihati golongan wanita agar lebih bijak dalam memilih pasangan hidup.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, setiap lelaki perlu mempunyai kesungguhan untuk memperjuangkan wanita yang diingini selain sentiasa bersedia melindunginya.
Dalam sesebuah hubungan atau perkahwinan, lelaki perlu benar-benar mahu untuk mempertahankan hubungan tersebut.
Kalau hanya perempuan yang terhegeh-hegeh sedangkan lelaki pula sambil lewa, lebih baik jangan diteruskan.
Dia bakal menjadi ketua dalam rumah tangga. Lelaki perlu ada kesungguhan untuk mendapatkan awak, menjaga serta melindungi awak.
Selain itu, Diana berpendapat wanita tidak akan mempersoalkan tentang kedudukannya dalam hidup seorang lelaki jika dirinya benar-benar dicintai sepenuh hati.
Dalam pada itu, Diana turut berpandangan bahawa wanita tidak perlu membuktikan apa-apa kerana lelaki yang tulus akan berusaha melakukan yang terbaik dalam sesebuah hubungan.
Jika dia betul sayang, dia akan tunjuk perasaannya dengan jelas tanpa perlu kita tertanya-tanya tentang kedudukan kita dalam hidup dia.
Perempuan ibarat cuaca. Tapi lelaki pula ibarat atmosfera yang memberi ruang untuk segala macam ragam dan emosi itu berlaku.
Sebab itu, pastikan dia benar-benar sayang kita. Kalau dia memang nak, dia akan tunjuk.
Jadi, tak perlu paksa diri untuk membuktikan apa-apa.
Sumber: Threads @dianadanielleb
The post Diana Danielle Kongsi Tips Pilih Bakal Suami – ‘Kalau Dia Memang Nak, Dia Akan Tunjuk’ first appeared on OHBULAN!.





