26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uqasha Senrose Minta Para Suami Hargai Isteri – ‘Besar Pengorbanan Mereka Besarkan Anak Tanpa Pertolongan Sesiapa’

    Shopee Sale



    Pelakon Uqasha Senrose menitipkan nasihat kepada para suami agar menghargai para isterinya yang sudah berpenat lelah melahirkan dan membesarkan anak-anak.

    ‘Kepada semua suami, hargai isteri’

    Luahan itu dikongsikan Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, sempena genap enam bulan usia puteri kesayangannya, Hawra Uqaira.

    Kepada semua suami-suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Yang tidak cukup tidur, yang basuh baju anak, lipat baju anak susun baju anak. Basuh botol susu, buat susu

    Tidur sampai hendak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut. Nak masuk tandas pun kena pegang anak, kalau letak anak menangis. Hendak mandi pun tak sempat, takut anak menangis.

    Bagi yang ada pembantu, Alhamdulillah. Bagi yang mengasuh sendiri ingatlah bahawa sangat besar pahalanya.

    Doa Uqasha buat Hawra Uqaira

    Uqasha turut meluahkan rasa sebak apabila mengenang kembali pengalaman saat hamil anak kesayangannya itu. Isteri kepada pelakon Kamal Adli ini juga mengakui banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang bergelar seorang ibu.

    Tak sangka Qasha (nama panggilan Uqasha) sudah melalui tempoh mengandung sembilan bulan. Rasa apa itu sakit melahirkan, berpantang. membesarkan anak sampai sudah hendak masuk enam bulan anak ibu, Hawra Uqaira.

    Belajar macam-macam untuk membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak.

    Dalam kesempatan itu, Uqasha menitipkan doa dan berharap agar Hawra sentiasa berada dalam lindungan dan diberkati Allah SWT.

    Ya Allah lindungi anakku. Jagalah di setiap langkah kakinya, di setiap detak jantungnya dan di setiap hembusan nafasnya.

    Ya Allah panjangkanlah umur anakku, terangilah hatinya, teguhlah imannya, cerdaskan akalnya, baikkan amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkan dia dengan kebaikan dan jauhkanlah dari segala keburukan.

    Terdahulu, kecoh khabar angin di media sosial mengenai rumah tangga Uqasha dan Kamal sedang bergolak namun pasangan itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan hubungan mereka dalam keadaan baik.

    MENARIK:  Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Di Kawasan Paya

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

    Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah