Pelakon, Uqasha Senrose menulis satu coretan istimewa buat anaknya, Hawra Uqaira bagi menggambarkan kasih sayangnya sebagai seorang ibu yang begitu mendalam dan sanggup berkorban apa sahaja.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya
‘Kamulah dunia Bubu’

Menerusi hantaran di Instagram, Uqasha, 33, menyifatkan Uqaira sebagai nyawanya sendiri dan cintanya terhadap puterinya tulus tanpa batasan.
Uqasha ialah ibunya (Uqaira) dan Uqaira ialah nyawa saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk melindunginya walaupun jika nyawa ini menjadi taruhan.
Tapi Bubu tahu, satu hari nanti kamu akan ada kawan sendiri, masa remaja kamu, masa untuk diri kamu, kehidupan kamu dan akhirnya akan jumpa orang yang tepat lalu tinggalkan Bubu.
Bubu (ibu) sanggup, Uqaira. Kita tak perlukan simpati orang lain, kan Uqaira? Asalkan Bubu ada kamu dan kamu akan sentiasa ada Bubu. Kamulah dunia Bubu.
Tapi ingat, Bubu dah lakukan sehabis baik untuk membesarkan kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu, menjaga segala-galanya dan memastikan hidup kamu selamat.
‘Jadi ibu terbaik’

Dalam pada itu, Uqasha turut mengimbau kembali pengalaman ketika mengandungkan Uqaira yang dianggap begitu tenang dan dipermudahkan Allah.
Maafkan Bubu kalau Bubu bukan ibu yang baik atau sempurna. Tapi percayalah, sejak saat kamu lahir, Bubu sentiasa belajar untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk kamu.
Qeyaa, kamu amanah daripada Allah untuk Bubu jaga sebaik-baiknya dan Bubu akan jaga kamu selagi Bubu masih hidup. Jadilah anak yang solehah. Kita sama-sama belajar mengaji dan solat. Kamu kawan baik Bubu.
Terima kasih Ya Allah, sampai sekarang Bubu masih tak percaya Bubu ada anak. Masa Bubu mengandungkan kamu dulu, Bubu langsung tak ada mengidam, tak ada alahan.
Bubu sebenarnya seorang yang penakut dan tak boleh tidur sorang-sorang. Tapi bila kamu ada dalam perut Bubu, tiba-tiba Bubu jadi berani tidur sorang-sorang selama sembilan bulan, makan pun sorang kebanyakan masa.
Melihat anaknya kini membesar dengan sihat, pelakon drama Jika Cinta Itu Buta meluahkan rasa syukur dan terharu.
Dan sekarang, bila tengok kamu tidur lena sambil peluk tangan Bubu, dengan tabiat kamu sebelum tidur mesti nak main telinga Bubu dulu, hati ini rasa penuh syukur.
Besar dah kamu sekarang, nak masuk dua tahun lima bulan. Jangan cepat sangat membesar ya, sayang. Apa pun yang berlaku, kamu akan sentiasa jadi bayi perempuan Bubu dan rezeki terindah dalam hidup Bubu.
Sumber: Instagram
The post Uqasha Senrose Dedah Tidur Sendiri Sepanjang Hamil, Sanggup Bertaruh Nyawa Demi Uqaira – ‘Kamu Dunia Bubu’ first appeared on OHBULAN!.





