34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UPU Online Sesi 2026/2027: Tarikh Penting Buat Pelajar Lepasan SPM, STPM & Setaraf

    Shopee Sale

    Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi sesi 2026/2027 di universiti, kolej atau mana-mana Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), permohonan perlu dibuat menerusi platform UPU Online.

    Artikel Berkaitan: Tak Perlu Tunggu Lama, Temu Janji Klinik Kesihatan Kini Lebih Mudah Guna MySejahtera

    Artikel Berkaitan: Skim Khairat Kematian: Panduan Lengkap Tuntutan RM1,000 Untuk Waris Penerima STR

    Pastikan semua dokumen lengkap

    Tarikh permohonan UPU online dibuka bermula 29 Januari hingga 23 Mac. Permohonan kemasukan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU, dan calon digalakkan memastikan semua dokumen penting seperti keputusan SPM, sijil, dan maklumat peribadi lengkap bagi menjayakan proses permohonan.

    Selepas keputusan SPM diumumkan, pelajar diberi peluang mengemas kini pilihan program pengajian dan pada fasa ini penting untuk menyesuaikan permohonan dengan kelayakan dan minat akademik. Tarikh kemaskini bermula 16 Mac hingga 23 Mac.

    Pada 2 April hingga 20 April, sesi temu duga dan ujian tambahan oleh beberapa program akan dijalankan. Oleh itu, pelajar disarankan membuat persediaan dari segi mental, fizikal, dan kemahiran berkaitan bagi meningkatkan peluang kejayaan.

    MENARIK:  ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ Santuni 40,000 Golongan Memerlukan, Warga Emas & Kelab Met Harian Metro Antara Terpilih

    Seterusnya, keputusan kemasukan akan diumumkan pada 6 Mei dan bagi yang tidak berjaya, peluang rayuan masih terbuka dengan maklumat terkini boleh diperoleh melalui portal UPU Online.

    Pelajar yang berjaya diterima perlu mendaftar mulai 7 Jun, dengan memastikan semua dokumen seperti sijil, surat tawaran, dan dokumen pengenalan diri lengkap.

    Bagi calon yang membuat rayuan kemasukan ke mana-mana institusi pengajian, keputusan akan diumumkan pada 15 Jun, dan pendaftaran bagi mereka yang berjaya melalui rayuan tersebut akan bermula pada 21 Jun.

    Perancangan rapi yang dibuat dapat membantu pelajar lepasan SPM mengurus masa dan peluang dengan lebih berkesan, sekaligus membuka pintu kepada masa depan akademik yang lebih tersusun.

    Sumber: UPU Online

    The post UPU Online Sesi 2026/2027: Tarikh Penting Buat Pelajar Lepasan SPM, STPM & Setaraf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah