
Isteri kepada usahawan piza, Emira Delyati Dewi meluahkan rasa syukur selepas diijabkabulkan bersama Jofliam pada pagi Sabtu.
Dah halal

Menerusi perkongsian di Instagram, Emira atau lebih mesra disapa Dewi memuat naik gambar bersama suaminya dia atas pelamin.
Fiddunya wal Akhirah.
Semoga awak bimbing dan lindungi saya wahai suami. Saya cintakan awak, esok dan selama-lamanya.
Sementara itu, bekas suami Cik Epal turut memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) meluahkan rasa gembira kerana telah menamatkan zaman dudanya.
Menurut Jofliam, dia akan memuat naik gambar pernikahannya pada keesokan hari.
Alhamdulillah dah halal. Esok saya spam gambar banyak-banyak.
Sebelum ini, Jofliam tidak mengikuti sesiapa selepas penceraiannya bersama Cik Epal.
Bagaimanapun, pada hari ini dia bertindak untuk mengikuti Dewi yang sah sebagai isterinya di Instagram.
Terdahulu, media melaporkan Jofliam telah selamat bernikah dengan Dewi dalam satu majlis di Ampang.





