24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umie Aida Naik Rimas Baca Isu Rumah Tangga, Titip Pesanan Buat Kaum Lelaki – ‘Lagi 5 Tahun, Kau Akan Menyesal’

    Shopee Sale



    Ekoran isu rumah tangga antara pempengaruh Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal yang tular membuatkan pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida naik rimas dengan masalah yang dicanang-canang di media sosial.

    Rimas dengan isu rumah tangga

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, akui tidak suka membaca isu yang melibatkan rumah tangga kerana hanya menambah dosa kering.

    Saya paling tak suka baca isu seperti ini.

    Dalam media sosial keluar berita rumah tangga macam ini, naik rimas.

    Buat dosa kering saja.

    Nasihat untuk kaum lelaki

    Dalam pada itu, Umie sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki agar tidak mengasari mana-mana wanita.

    Satu nasihat buat kaum lelaki.

    Atasi lah dengan cara yang berhemah dan bijak.

    Sifat wanita ini mudah, dilayan dengan kelembutan dan ikhlas maka pengakhirannya akan baik.

    Percayalah, nanti 5 tahun akan datang, korang akan menyesal dengan perbuatan sebegini.

    Terdahulu, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.

    MENARIK:  Bella Astillah Dipeluk Erat oleh Mas Idayu, Menyentuh Hati Netizen – 'Anak Mummy yang Berani Cari Kasih Sayang'

    Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

    Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah