30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

    Shopee Sale

    Setelah menempuh pelbagai onak duri kehidupan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akhirnya menamatkan penantian apabila sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq jam 10.40 pada majlis akad nikah yang diadakan di Menara Merdeka 118, sebentar tadi.

    Artikel Berkaitan: Menjelang 10 Oktober, Bella Astillah & Syed Saddiq Bicara Tentang Hidup Selepas Lafaz Akad

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Hendak Tulis Muka Surat Pertama’ – Syed Saddiq & Bella Astillah Akui Tak Layak Disamakan Dengan Tun M & Allahyarhamah Tun Hasmah

    Bella kembali bergelar isteri

    Bella, 32, dilaporkan dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Majlis yang mengangkat tema putih dan Arabian itu turut menyaksikan Saddiq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500.

    Lengkap mengenakan busana putih, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kelihatan cukup anggun apabila tampil berhijab dan mengenakan serba putih pada hari bahagianya.

    MENARIK:  Hasif Upin Tak Anggap Diri Penyanyi Hebat, Nak Kembangkan Karier Sertai Uji Bakat OIAM – ‘Saya Nak Tunjuk Bakat Kepada Semua’

    Sementara itu, Syed Saddiq turut kelihatan segak berjubah putih.

    Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa selebriti tempatan.

    Untuk rekod, Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

    Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Alif Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk semula namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

    Sumber: Gempak

    The post Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah