26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umie Aida, Izara Aishah Pertahan Puteri Balqis – ‘Dia Tak Pernah Kacau Orang, Dia Anak Yang Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Sri Umie Aida dan Izara Aishah tampil menyuarakan sokongan terhadap aktres muda berbakat besar, Puteri Balqis.

    Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu

    Artikel Berkaitan: Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’

    Sokongan terhadap Puteri Balqis

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Umi Khalsum Rahmad ini meminta agar mana-mana pihak tidak mengganggu Puteri Balqis mahupun keluarganya.

    Tambah Umie lagi dalam hantaran yang sama, dia amat menyayangi Balqis dan menyifatkan remaja itu sebagai seorang pelakon yang hebat serta mempunyai keperibadian yang baik sebagai seorang anak.

    Sayang ibu. Dia pelakon hebat dan anak yang baik.

    Jangan kacau Aqsih dan keluarganya! Dia tak pernah kacau orang pun.

    Manakala di platform yang sama, pelakon Izara Aishah turut tidak ketinggalan memberikan sokongan selain mengakui bahawa dia sangat melindungi terhadap individu yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

    Puteri Balqis adalah adik saya dan saya sangat mempertahankan orang yang saya panggil keluarga. 

    Kisah hidup kami serupa. Jadi memandangkan dia sememangnya seorang pejuang, jadi saya pun harus.

    Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    MENARIK:  Zul Ariffin Menidakkan Hubungan dengan Ruhainies dan Menolak Melibatkan Diri dalam Kontroversi Isu Khalwat - 'Saya Lebih Pilih Untuk Bersikap Berhemah'

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Sumber: Threads

    The post Umie Aida, Izara Aishah Pertahan Puteri Balqis – ‘Dia Tak Pernah Kacau Orang, Dia Anak Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah