32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ujian Saya Adalah Zuriat, Belum Sampai Tahap Dapatkan Rawatan’ – Hannah Delisha

    Shopee Sale

    Pelakon, Hannah Delisha mengakui tidak pernah terfikir untuk menjalani rawatan kesuburan setakat ini bagi mendapatkan zuriat meskipun usia perkahwinan sudah memasuki enam tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Dipuji, Jaga Aurat Dengan Pakai Stokin – ‘Malas Nak Komen Tapi Dia Memang Perfect’

    Serah kepada Allah

    Hannah, 30, berkata buat masa sekarang dia dan suami, aktor Imam Shah memilih untuk memberi fokus kepada penjagaan kesihatan diri secara menyeluruh tanpa meletakkan tekanan untuk mendapatkan zuriat.

    Setakat ini saya belum sampai ke tahap mendapatkan rawatan. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa yang memilih jalan tersebut, cuma bagi saya dan suami, kami belum berusaha secara ‘all out’ ke arah itu.

    Buat masa ini, saya hanya mengambil makanan tambahan dan suplemen untuk menjaga kesihatan dalaman.

    Hannah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kandungan Ramadan Astro 2026, baru-baru ini.

    Mengimbas pengalaman pahit keguguran dua tahun lalu, Hannah menyifatkan ujian tersebut sebagai satu kenangan yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

    Namun, aktres itu memilih untuk reda dan melihatnya sebagai satu ketentuan serta hikmah daripada Allah SWT.

    Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Ada yang diuji dari segi kesihatan, kewangan dan bagi saya pula, ujiannya adalah zuriat.

    Sehingga hari ini, saya tidak meletakkan tekanan pada diri sendiri dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Saya percaya apabila tiba masanya, semuanya akan berlaku dengan izin-Nya.

    Tambah Hannah, sekiranya diberikan rezeki untuk hamil pada masa akan datang, dia merancang untuk berehat sepenuhnya daripada dunia lakonan.

    MENARIK:  [VIDEO] Rozita Ibrahim Hadiahkan Anak Jam Rolex, Ekslusif Cuma Ada Satu Di Dubai – ‘Kekayaan Jangan Merosakan Kamu’

    Menurut pelakon kelahiran Singapura itu, pengalaman kehamilan terdahulu menjadi pengajaran besar buatnya kerana percaya jadual kerja yang terlalu padat berkemungkinan penyebab kepada keguguran yang dialami.

    Semasa hamil sebelum ini, jadual kerja saya memang sangat padat dan mungkin itu antara sebab kandungan tidak kuat. Jadi, jika saya mengandung lagi nanti, secara automatik saya akan berehat sepenuhnya.

    Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon asal Singapura, Imam Shah, pada Februari 2021.

    The post ‘Ujian Saya Adalah Zuriat, Belum Sampai Tahap Dapatkan Rawatan’ – Hannah Delisha first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah