31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TV3 41 Tahun Penuh Drama: Peluang Keemasan Jadi Penulis & Pelakon Baharu!

    Shopee Sale



    Sempena sambutan ulang tahun ke-41, TV3 tampil dengan sebuah kempen istimewa yang membuka peluang kepada belia kreatif berusia 18 hingga 25 tahun untuk menonjolkan bakat mereka dalam dunia penulisan dan lakonan.

    41 Tahun Penuh Drama’

    Mengangkat tema ’41 Tahun Penuh Drama’, dua inisiatif utama diperkenalkan menerusi kempen ini iaitu ‘Pitch Story Anda ke TV3′ dan ‘Pencarian Pelakon Drama Sangat‘, menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu muda yang beraspirasi untuk menceburi bidang industri kreatif tanah air.

    Kempen ini memberi ruang kepada penulis dan pencipta kandungan muda untuk mempersembahkan idea cerita original kepada panel profesional dari TV3. Setiap peserta akan diberikan masa 10 minit untuk membuat pembentangan menggunakan slide presentation.

    Antara pilihan tema yang ditetapkan adalah ‘Romantik, Romantik Komedi dan Isu Semasa’.

    Penyertaan ini terbuka kepada mereka yang mempunyai semangat dan minat tinggi dalam bidang penulisan skrip serta penceritaan visual.

    MENARIK:  Tanggungjawab Orang yang Menggunakan Nama Zahirah dalam Live Fathia

    Bagi yang bercita-cita menjadi pelakon, sesi ujibakat akan dijalankan untuk mencari wajah baharu yang akan membintangi drama terbaharu TV3. Individu yang berusia antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertai kempen ini dan perlu membawa gambar bersaiz passport dan 4R

    Lokasi uji bakat akan diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Universiti Malaya pada 14 Jun (Sabtu) dan Taylor’s University pada 21 Jun (Sabtu). Waktu uji bakat untuk dua-dua lokasi bermula 11 pagi hingga 6 petang.

    Paling istimewa, jumlah hadiah terkumpul bernilai RM9,000 dan pemenang berpeluang untuk berlakon dalam drama terbaru di bawah jenama Drama Sangat di TV3

    Inisiatif ini merupakan kerjasama TV3 bersama Universiti Malaya dan Taylor’s University sebagai rakan kolaborasi utama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah