26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tunggu Selama 16 Tahun, Filem Money Not Enough 3 Dihasilkan Dengan Harapan Membawa Perasaan Berbeza Kepada Peminat’

    Shopee Sale



    Pengarah siri filem popular, Money Not Enough, Jack Neo mendedahkan pelakon utama bersama, Mark Lee pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam naskhah komedi tersebut.

    Tak boleh lawan siri 1 & 2

    Money not enough

    Menurut Jack, Mark Lee menyifatkan dua siri filem sebelum ini sudah klasik di hati peminat sehingga sukar menandingi kehebatan Money Not Enough 1 dan 2.

    Namun, Mark Lee tetap menjayakan filem itu bersama dan berharap agar kesabaran menunggu 16 tahun untuk diterbitkan ini akan memberi perasaan berbeza kepada peminat.

    Saya berharap agar filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri filem ini terdahulu. Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun!

    Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun.

    Tambah Jack Neo, cabaran untuk menghasilkan filem itu bukan babak letupan, pertempuran senjata atau peperangan. Sebaliknya, cabaran ketika mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip tebal.

    Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak mempunyai duit, apa yang akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza. Kelakuan seseorang ketika sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya.

    Anda juga boleh jadi takut kepadanya juga. Segelintir mereka mungkin tidak akan mengaku saudara dan melakukan perbuatan yang tidak baik. Saya percaya kita akan melihat atau mungkin melalui perkara sebegitu dalam hidup kita.

    Dalam pada itu, Jack Neo berharap agar filem ini dapat mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem sebelumnya.

    Semua ini bergantung kepada sokongan penoton daripada segenap lapisan masyarakat. Kisah kemanusiaan yang kami paparkan dalam filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.

    Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu membawa penonton menyoroti kisah hidup tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.

    MENARIK:  [VIDEO] Ajak Dedah Pernah Memberontak Kerana Dimarahi Bapa – ‘Disebabkan Nak Tunjuk Dekat Ayah, Aku Sanggup Lawan’

    Money Not Enough 3 yang memulakan tayangan hari ini menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah