29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Berbogel Di Kubur, Pasangan Kekasih Dicekup Polis

    Shopee Sale

    Tindakan berani mati sepasang kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan tanah perkuburan akhirnya membawa padah apabila mereka kini direman selama tiga hari.

    Tular video bogel di kubur cina

    Memetik laporan Berita Harian, Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah reman terhadap pasangan terbabit bermula hari ini, selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi tadi bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan.

    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam pada Ahad.

    Difahamkan wanita berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak, manakala kekasihnya berusia 58 tahun pula diberkas sekitar jam 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Ara, semalam.

    MENARIK:  Sarah Yasmine Dituduh Ambil Barang Terlarang – Menawarkan Ujian Air Kencing sebagai Bukti Anjalannya

    Menurut Azizee, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan itu mengaku terlibat dalam perbuatan berkenaan.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Sumber: Berita Harian

    The post Tular Video Berbogel Di Kubur, Pasangan Kekasih Dicekup Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah