29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tugas Saya Sebagai Wanita Adalah Mendidik Generasi Lebih Baik’ – Rita Rudaini

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini sempat meluangkan masa menyertai program khidmat masyarakat yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni pelajar membantu golongan memerlukan.

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza Sembahyang Tanpa Telekung – ‘Yang Tanya Tu Solat Tak?’

    Program CSR dengan anak

    Rita berkata, kehadirannya dalam program tersebut adalah sebagai tanda sokongan kepada usaha pelajar dan guru yang berusaha mendidik generasi muda agar lebih peka terhadap masyarakat sekeliling.

    Walaupun terpaksa meredah hujan rahmat, saya tetap bersama anak-anak Ulul Albab ini mengagihkan makanan untuk berbuka dan bersahur di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan TAR.

    Kebetulan saya mempunyai masa terluang, jadi saya turun padang membantu setakat mana yang mampu bersama guru dan anak-anak yang kini berada di tahun akhir pengajian.

    Program berkenaan melibatkan pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar termasuk anak sulung Rita, Airit Rayyan yang turun ke kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Jalan TAR bagi mengagihkan makanan kepada individu yang memerlukan untuk berbuka puasa dan bersahur.

    Tambah Rita, pengalaman menyertai aktiviti tersebut bersama para pelajar memberi kenangan yang cukup bermakna buat dirinya.

    Semoga ia menjadi kenangan indah buat saya kerana masa seakan mencemburui kami apabila terasa begitu cepat berlalu ketika melakukan aktiviti ini bersama mereka.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dzul yang menganjurkan program CSR ini untuk mendidik anak-anak supaya lebih empati, berani, yakin diri serta mempunyai sifat berkongsi rezeki dengan masyarakat.

    Tambah ibu kepada dua anak itu, aktiviti khidmat masyarakat sedemikian sangat penting dalam membentuk jati diri generasi muda agar lebih menghargai kehidupan dan memahami nilai kemanusiaan.

    Melalui program CSR, anak-anak belajar nilai empati, menghargai kehidupan dan memahami bahawa setiap kebaikan kecil mampu memberi makna besar kepada orang lain.

    Saya doakan semoga anak-anak ini membesar menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan menjadi pelapis negara suatu hari nanti. Hari ini mereka belajar, esok mereka memimpin.

    Tugas saya sebagai seorang wanita untuk negara adalah mendidik, membina dan membesarkan generasi yang lebih baik daripada kita.

    Mungkin tugas ini kecil di mata manusia, tetapi besar untuk masa depan negara. Wanita yang membina anak-anak dengan nilai dan ilmu sebenarnya sedang membina masa depan sebuah negara.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Isteri Harith Iskander Fail Cerai, Belum Bersedia Kongsi Punca Masalah Rumah Tangga

    The post ‘Tugas Saya Sebagai Wanita Adalah Mendidik Generasi Lebih Baik’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah