28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi Terhempasnya Helikopter Mengorbankan Suami Sepupu Eyra Hazali

    Shopee Sale



    Eyra Hazali.

    Salah seorang mangsa yang nahas membabitkan dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarga kepada pelakon, Eyra Hazali.

    Sepupu suami Eyra Hazali

    Eyra Hazali

    Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.

    Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan sepupu suami saya, LT Kdr Wan Rezauden Kamal bin Wan Zainal Abidin.

    Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

    MENARIK:  Sensasi Antarabangsa Rain Kembali Dengan Jelajah Ikonik ‘Still Raining’ Di Resorts World Genting Pada 8 Februari 2025

    Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.

    Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.

    Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah