29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi: Kanak-Kanak 8 Tahun Terbunuh oleh Dinding Batu Bata di Belakang Rumah

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai akibat dihempap dinding batu bata yang baru dibina di belakang dapur rumahnya di Kampung Padang Lalang Besah, Mukim Tawar, Kuala Ketil, pada Isnin.

    Maut ditimpa batu bata

    Sekadar gambar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, kejadian tersebut hanya diketahui oleh si bapa selepas dimaklumkan oleh isterinya.

    Ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 39 tahun bekerja di sebuah kilang di sini, manakala ibu kanak-kanak itu memasak di dapur.

    Namun tiba-tiba, si ibu terdengar bunyi yang sangat kuat sebelum mendapati seluruh badan anaknya ditimpa dinding konkrit tersebut.

    Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik manakala adik mangsa yang turut berada di lokasi kejadian hanya mengalami cedera ringan.

    Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

    MENARIK:  [VIDEO] Azzahra Ahmad Tak Buat Laporan Polis Terhadap Jay Iswazir – ‘Walaupun Sakit, Saya Tetap Rasa Simpati & Belas Kasihan’

    Difahamkan, ibu kanak-kanak lelaki itu sudah beberapa kali memberi amaran dan menasihatkan dua anaknya supaya tidak bermain di sekitar kawasan pembinaan tambahan ruang dapur yang sedang dibina oleh bapa mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah