29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak-Anak & Keluarga Emma Maembong Sudah Banyak Kali Jumpa DJ Kidd – ‘Biar Allah Tentukan Arah Jodoh Kami’

    Shopee Sale

    Tidak terlalu terbuka dan enggan juga berselindung, pelakon, Emma Maembong mendedahkan ahli keluarga termasuk anak-anaknya sudah beberapa kali bertemu dengan lelaki yang sedang dia berkenalan rapat iaitu DJ Kidd.

    Artikel Berkaitan: DJ Kidd Teman Emma Maembong Ke AMT2025, Netizen Doa Berjodoh – ‘Sepadan, Handsome & Cantik’

    DJ Kidd jumpa keluarga

    Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, berkata, pertemuan tersebut berlaku secara kebetulan dan bukanlah dirancang.

    Setakat ini, kebanyakan pertemuan antara dia dengan anak-anak saya, ayah dan adik-beradik berlaku secara tidak sengaja.

    Belum pernah lagi saya merancang untuk memperkenalkannya secara rasmi kepada seluruh ahli keluarga.

    Emma berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbitan VIU Malaysia berjudul Seadanya Kita yang berlangsung di TRX, pada Rabu.

    Mengulas mengenai hala tuju hubungan mereka, Emma berkata, dia masih belum memikirkan sebarang perancangan ke fasa seterusnya memandangkan dirinya pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

    Kami masih dalam fasa berkenalan. Tak perlu terburu-buru kerana saya sudah pernah berkahwin. Buat masa ini, saya belum fikir pun ke arah itu lagi. Tambahan pula, saya ada anak-anak dan keluarga untuk difikirkan.

    Dalam pada itu, Emma turut menegaskan bahawa dia tidak akan menguar-uarkan atau menafikan hubungan mereka, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

    Saya tidak akan hebohkan atau menidakkan. Bagi saya, biarlah Allah yang tentukan ke mana arah jodoh kami.

    Saya tak kongsi kehidupan peribadi di media sosial kerana bagi saya tidak memberi faedah kepada orang ramai. Tapi kalau orang lain nak muat naik, saya tak boleh nak halang dan saya tak marah.

    Mungkin orang di sekeliling saya suka berkongsi di media sosial. Tapi saya seorang yang sangat menjaga privasi. Kalau boleh simpan, kenapa tidak? Lagipun, bukan semua perkara dalam hidup ini perlu dibanggakan.

    Pada Ahad lalu, kehadiran Emma dan DJ Kidd di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 menarik perhatian ramai apabila pasangan itu tampil bersama di acara karpet merah.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terima Kasih Indonesia Sebab Sokong Filem Kami’

    Sebelum ini, gosip mengenai hubungan mereka mula tersebar selepas tular gambar percutian bersama di luar negara, malah ada juga dakwaan kononnya mereka telah bernikah secara senyap.

    Namun, Emma menafikan segala dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa tiada ikatan perkahwinan antara mereka.

    Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2 tahun.

    The post Anak-Anak & Keluarga Emma Maembong Sudah Banyak Kali Jumpa DJ Kidd – ‘Biar Allah Tentukan Arah Jodoh Kami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah