30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tracie Sinidol Hampir Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Bulu Tangkis, Trauma Main Badminton

    Shopee Sale

    Pelakon, Tracie Sinidol berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mata sebelah kirinya pernah hampir buta selepas terkena bulu tangkis ketika bermain badminton.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tracie Sinidol Terkejut Disamakan Dengan Lisa Blackpink – ‘Jauh Betul, Saya Biasa Saja’

    Hampir buta

    Tracie, 24, berkata kejadian itu berlaku secara tidak sengaja sehingga menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan hilang seketika.

    Saya pernah berdepan satu situasi di mana penglihatan mata belah kiri akibat terkena bulu tangkis ketika bermain badminton.

    Waktu terkena bulu tangkis, ‘benda’ terakhir yang saya nampak adalah seperti satu pancaran cahaya berwarna putih yang sangat terang.

    Saya sangat gementar sebab penglihatan mata belah kiri saya memang hilang sampaikan saya terfikir adakah saya akan benar-benar buta sebelah mata.

    Bila ke hospital, doktor memang cakap ada kecederaan dan saya akan berdepan buta sebelah mata buat sementara waktu.

    Tracie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersempena pelancaran filem Malaikat Malam yang berlangsung di Kingstone Hotel, Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Pengalaman buta

    Rentetan peristiwa itu, juara Dewi Remaja 2022 ini menjadikan pengalaman buta sementara sebagai rujukan untuk menjayakan wataknya dalam filem Malaikat Malam yang memerlukan dia membawa karakter seorang wanita buta.

    Selepas seminggu, saya dapat melihat semula tetapi sepanjang proses sembuh, saya merasai pengalaman bagaimana mereka yang kurang upaya rasai dan dari pengalaman itu saya guna pakai untuk bawa karakter dalam filem ini.

    Ini satu pengalaman baharu dan bermakna buat saya tapi waktu dapat tawaran saya berasa teruja dan gementar juga. Saya terfikir kalau-kalau tak dapat sampaikan kepada penonton sebab bukan senang nak bawa karakter ini.

    Sebab selama ini, bila berlakon kita akan ada ‘eye contact’ dengan pelakon lain tapi kali ini hanya menggunakan pendengaran saja.

    Bercerita lanjut, Tracie berkata pengalaman tersebut turut membuka matanya tentang betapa pentingnya menghargai nikmat yang dimiliki.

    Pengalaman itu juga sangat menyentuh hati saya sebab selama ini kebanyakan dari kita seakan ambil remeh dengan apa yang kita ada.

    Bila sesuatu nikmat itu sudah ditarik barulah kita nak belajar menghargai. Pengalaman itu juga sedikit sebanyak mengajar saya erti bersyukur.

    Selain Tracie, filem arahan pengarah baharu, Nazifdin Nasrudin itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Que Haidar, Amir Nafis, Kodi Rasheed dan beberapa pelakon lain.

    MENARIK:  #CSOIAM: Rezza Shah Tak ‘Koyak’ Dikritik, Mengaku Pernah Datang Lewat Sesi Latihan – ‘Saya Terlajak Tidur Sebab Ada Insomnia’

    The post Tracie Sinidol Hampir Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Bulu Tangkis, Trauma Main Badminton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah