26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] As’ad Motawh Percaya ‘Homeschooling’ Lebih Berkesan Daripada Pergi Sekolah Harian – Menggunakan Waktu Secara Bijak

    Shopee Sale



    As'ad Motawh

    Penyanyi As’ad Motawh menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia pernah mengeluarkan kenyataan ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’.

    Lebih suka ‘homeschooling’

    As'ad Motawh

    Menurut As’ad, kenyataan sebenar yang ingin disampaikan adalah dia secara peribadi tidak gemar untuk pergi ke sekolah harian kerana menganggap itu adalah perkara yang membuang masa buat dirinya.

    Jelas penyanyi itu, dia memilih menggunakan cara pembelajaran ‘homeschooling’ yang dilihat mampu menjimatkan waktu.

    Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.

    Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ada rezeki untuk guna cara ‘homeschooling’. Kalau ‘homeschooling’ saya hanya perlu ke sekolah biasa selama 6 jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.

    Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak tingkatan 4 dan 5. Kemudian selepas saya tamat sekolah, sebenarnya saya boleh berbuat demikian (‘homeschooling’) sejak daripada awal lagi.

    Jadi dengan ‘homeschooling’, boleh jimat banyak masa dan saya boleh buat sesuatu perkara lain yang juga boleh mendatangkan manfaat lain buat saya.

    As’ad atau nama lengkapnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi podcast bersama The Salesman Talk.

    MENARIK:  Andika Putera Hilang 5,000 Pengikut Di Instagram, Tenang Kongsi Video GRWM Mint Green

    Dalam pada itu, pelantun lagu Senyum itu berkata, sekiranya diberikan peluang untuk belajar secara ‘homeschooling’ lebih awal, dia akan berbuat demikian.

    Saya secara peribadi merasakan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5, itu adalah satu tempoh yang sangat lama. Jadi sebenarnya boleh dipendekkan sebagai salah satu solusi.

    Memendekkan tempoh itu pula membuka peluang saya ke sesuatu perkara.

    Terdahulu, ada pihak yang mendakwa As’ad berpendapat pergi ke sekolah hanya perkara yang membuang masa.

    Menurutnya, kebanyakan masa di sekolah adalah sesuatu yang membuang masa serta mengakui apa yang dipelajari tiada kaitan dengan apa yang dilakukan sekarang.

    Video

    " data-video-id="7326871689151728904">
    @thesalesmentalkPandangan peribadi As’ad tentang sekolah.? Romantic – ADTurnUp

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah