Pengarah filem, Zulaikha Zakaria menafikan drama siri arahannya, Kudrat 1968: High Council menggalakkan budaya buli dalam kalangan pelajar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dai Fuad Pernah Gagal Uji Bakat, Rezeki Beralih Ke Kudrat 1968
Nafi galak isu buli

Ketika ditemui , Zulaikha berkata dakwaan itu berjauhan dengan mesej sebenar yang ingin disampaikan olehnya.
Menurut Zulaikha, sejak awal pembikinan High Council, ramai yang sering menggaitkan dengan isu buli susulan paparan visual yang dilihat seolah-olah dekat dengan realiti.
Bagi saya dari awal lagi pembikinan High Council sehingga siri ini (Kudrat 1968), isu buli disekolah masih dikaitkan dengan naskhah High Council.
Secara visual ia sangat dekat dengan apa yang terjadi (buli), tapi bezanya dalam filem ini walaupun ada babak-babak keganasan saya akan pastikan watak-watak tersebut ada balasannya (pengajaran).
Disebabkan siri ini dari drama ke filem, jadi penonton akan lihat pengajaran yang didapati daripada setiap tindakan membuli.
Zulaikha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Jelas Zulaikha, paparan watak serta konflik yang dibina mempunyai impak tersendiri.
Tidak hanya itu, Zulaikha turut memaparkan perkembangan karakter kebanyakan watak utama dalam cerita itu yang banyak berubah daripada jahat kepada baik.
Setiap watak yang jahat itu impaknya sangat besar. Penonton boleh lihat apa yang terjadi dengan watak Pa. Malah daripada karakter baik boleh menjadi kasar.
Di sini saya mahu menegaskan bahawa walaupun naskhah ini ada menunjukkan tentang gejala buli, tapi cerita High Council, Kahar dan Kudrat ada tema dan topik yang bukan mengalakkan buli.
Buli bukan hanya berlaku di sekolah, tapi fasal hierarki. Kedudukan orang ternama, berkuasa dan orang bawahan. Banyak topik sebenarnya yang mahu saya ketengahkan.
Pun begitu, Zulaikha bersyukur apabila cerita itu menerima maklum balas yang positif daripada orang ramai.
Saya sangat bersyukur dengan penerimaan penonton terhadap Kudrat dan siri High Council ini.
Alhamdulillah persepsi yang diterima juga sangat positif. Betul, ramai yang beri maklum balas terutamanya netizen di Threads.
Saya rasa ini hanyalah satu permulaan. Mungkin ada kekurangan yang tak tercapai, saya percaya ia hanya membuatkan team kami dan industri filem untuk buat lebih baik.
Terdahulu, Kudrat 1968: High Council menjadi perhatian di media sosial apabila ramai yang mengaitkannya dengan dakwaan menggalakkan budaya buli dalam kalangan pelajar.
Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan susulan laporan mengenai pelbagai kes buli di sekolah, termasuk insiden yang mengakibatkan kematian.
Untuk info, Kudrat 1968: High Council menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.
Naskah arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
Untuk makluman, filem Kudrat 1969: High Council akan menemui peminat di seluruh pawagam pada 29 Oktober depan.
The post Pengarah Nafi Kudrat 1968: High Council Galak Budaya B*li – ‘Saya Pastikan Watak Tersebut Ada Pengajaran’ first appeared on OHBULAN!.





