Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, tampil memperjelaskan salah faham segelintir warganet yang menyangka anak keduanya, Aali Mateen merupakan kanak-kanak perempuan.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Bawa Anak Keluar Beraya Hanya Selepas Cecah Usia Setahun – ‘Sebenarnya Bukan Dari Segi Kesihatan Saja..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja
Penjelasan Ayda

Menerusi hantaran di Threads, Ayda atau nama lengkapnya Nur Shuhada Jebat, 34, berkongsi komen warganet yang menyangka Aali merupakan anak sulungnya iaitu Ana Nayla kerana memiliki wajahnya yang comel.
Menurut Ayda, dia sudah memotong pendek rambut Aali untuk kelihatan lebih kemas, namun masih ada yang menganggap cahaya matanya itu kanak-kanak perempuan.
Ingat bila sudah potong rambut adik orang tahu dia lelaki. Rupanya masih ada yang ingat dia perempuan.
Nama dia Ali Mateen, anak kedua saya.
Dia bukan Nayla atau budak perempuan, cuma dia gebu dan comel. Dia lelaki.
Main panas

Dalam pada itu, seorang warganet mencadangkan agar Aali dibawa bermain di bawah panas matahari supaya kulitnya sedikit gelap.
Bagaimanapun, Ayda berkata, meskipun Aali bermain di bawah panas matahari, anaknya itu tetap memiliki kulit yang cerah.
Tambah pelantun lagu Pencuri Hati itu, warna kulit tidak seharusnnya menjadi ukuran terhadap penampilan seseorang kerana lelaki atau perempuan boleh memiliki tona kulit berbeza.
Main je panas, tapi kulit dia jenis memang putih sangat. Tetapi lelaki kan ada yang kulit putih dan gelap. Okay sahaja.
Samalah perempuan pun, ada yang macam-macam jenis kulit. Takkan lelaki je kena gelap, perempuan kena putih.
Sumber: Threads
The post Ayda Jebat Beri Penjelasan, Anak Lelaki Disangka Budak Perempuan Kerana Miliki Kulit Cerah – ‘Nama Dia Aali Mateen..’ first appeared on OHBULAN!.





