Pengacara dan usahawan, Zaim Zaini mengambil keputusan untuk memaafkan wanita yang sebelum ini didakwa menjatuhkan air muka isterinya, Mia, dalam satu kejadian baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Zaim Zaini Tuntut Permohonan Maaf Daripada ‘Akak Catering’ – ‘Jatuh Air Muka Isteri Saya’
Memaafkan

Menurut Zaim, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan isterinya yang memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.
Setelah saya dan Mia berbincang, keputusan Mia adalah untuk memaafkan akak catering ini, saya hormati keputusan isteri.
Kami juga berterima kasih atas keberanian dan kejujuran akak catering ini untuk tampil mencari kami dan menjelaskan apa yang berlaku.
Dalam pada itu, Zaim turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan insiden tersebut, selain berharap kejadian berkenaan dapat dijadikan pengajaran bersama.
Saya dan Mia juga ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat dan kurang senang dengan apa yang terjadi. Segalanya dengan izin Allah.
Moga perkara sebegini menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua. Marilah kita saling memahami, menghormati sesama kita, terutama yang sedang berjuang dalam perniagaan.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita dan lelaki mengunjungi gerai Zaim dan Mia untuk membeli nasi goreng yang dijual pasangan itu.
Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan menegur Mia supaya memasak makanan lebih awal dan menyimpannya di dalam bekas tahan panas mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Keadaan menjadi perhatian apabila wanita yang mendakwa dirinya turut mengusahakan perniagaan makanan itu dikatakan menegur Mia dengan nada suara yang tinggi.
Susulan kejadian tersebut, Zaim sebelum ini menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada wanita dan lelaki berkenaan.
Sumber: TikTok
The post Zaim Zaini Maafkan Akak Catering, Puji Keberanian Datang Berjumpa – ‘Moga Jadi Iktibar’ first appeared on OHBULAN!.





