Penyanyi Ernie Zakri, memilih untuk tidak terlalu mengambil pusing akan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Saya Penat Untuk Berkarya..Pencapaian Yang Kecil Pun Tetap Dinilai & Dipersoalkan’ – Ernie Zakri
Tenangkan jiwa

Ketika ditemui OhBulan, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih tidak akan terlepas daripada pandangan negatif segelintir pihak.
Justeru, Ernie mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan kritikan tersebut sebagai beban, sebaliknya memilih untuk menjaga ketenangan jiwa.
Saya pernah menulis satu status, ‘tak kira sekecil-kecil kejayaan saya dan team, pasti akan ada juga orang yang tidak berpuas hati dan sebagainya.’
Pada saya itu normal, tetapi saya mengambil langkah untuk meletakkan itu sebagai masalah mereka dan bukan masalah saya. Sekarang ini saya lebih kepada mahu tenang sebab kadang kala saya rasa sampai dah tak tahu apa yang betul dan salah menjadi seorang penyanyi.
‘Bayangkan kawan-kawan saya, menyanyi sehebat itu pun dikritik sebegitu, saya tak boleh nak bayangkan bagaimana kesihatan mental mereka. Sebab sudah semestinya kita sangat down bila kita baca kritikan.
Walau bagaimanapun, Ernie tidak teragak-agak untuk menyekat individu yang dirasakan hanya mahu mencetuskan provokasi atau mendapatkan perhatian daripadanya.
Kadang-kadang niat mengkritik itu pun kita sudah boleh tahu dari sudut penulisan mereka.
Jadi saya mengambil langkah untuk menenangkan jiwa, tak baca dan cuba untuk elak.
Kadang-kadang terkeluar juga di media sosial dan terbaca orang komen cara saya menyanyi. Orang yang kritik ini, kita boleh tahulah niatnya seperti apa. Jadi, sekat sahaja mereka, senang kerja.
Ada juga saya terfikir “Kalaulah boleh aku bahasakan mereka-mereka ini”. Macam saya katalah, mungkin niat mereka juga mahu mengambil perhatian kita. Jadi selagi kita tak memberi perhatian, mereka akan terus bersuara dan berkata yang buruk.
Pada saya kalau saya rasa benda tu buang masa, jadi saya mengambil langkah untuk mengabaikan mereka.
Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pra dengar album terbaharunya, ATMA yang berlangsung di Menara Symphony, Petaling Jaya pada Jumaat.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sejambak Bunga tersebut tidak menafikan bahawa terdapat juga kritikan yang disampaikan dengan cara kasar, namun masih boleh dijadikan pengajaran, selain amat menghargai individu yang memberi teguran membina.
Saya juga ada baca komen yang sedikit kasar penulisannya, tetapi ada yang baik yang boleh saya ambil. Ada juga yang suka DM saya memberi teguran dan sebagainya.
Saya sangat sukakan orang-orang seperti itu kerana saya hargai kejujuran mereka. Tapi dalam masa yang sama kita tahu niatnya untuk apa. Mereka bukannya sekadar nak tayang pada orang, “Aku cukup hebat nak tegur artis ini”, umpamanya begitu.
The post [VIDEO] ‘Kita Boleh Tahu Niat Mengkritik Dari Cara Penulisan Mereka’ – Ernie Zakri first appeared on OHBULAN!.





