25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Putri Aleeya Buka Cerita Reaksi Awie Selepas Tonton Lakonannya Dalam ‘Dorm 403’

    Shopee Sale

    Bukan mudah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada seorang bapa yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, apatah lagi apabila individu itu ialah penyanyi rock legenda, Datuk Awie.

    Namun bagi pelakon meningkat naik Putri Aleeya Antasha, satu komen ringkas daripada bapanya ketika menonton lakonannya dalam drama Dorm 403 sudah cukup meninggalkan kesan.

    Lebih mencuit hati, Putri mengakui dia sendiri sebenarnya terlalu segan untuk bertanya secara langsung mengenai pendapat bapanya terhadap lakonan tersebut.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Pergi Casting Walaupun Tawaran Berlakon Sudah Ada, Tak Ada Istilah Guna Kabel Ayah’ – Putri Aleeya

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Putri Aleeya Kenang ‘Daddy-Daughter Trip’ Ke London Bersama Awie

    Segan Borak Dengan Awie Soal Lakonan

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA kali ini, Putri berkongsi mengenai reaksi bapanya selepas melihat sendiri lakonannya menerusi drama berkenaan.

    Lepas drama Dorm 403 itu keluar, saya tak ada borak dengan daddy sebab segan. Tapi adalah kawan-kawan dia, kebetulan cerita itu tengah main dekat televisyen dan daddy pun tengah tengok.

    Jadi ada video kawan dia rakam. Dengar daddy cakap masa itu, dia kata, ‘tak sangka Putri ada bakat dalam lakonan’.

    Walaupun tidak mendengar pujian tersebut secara berdepan, rakaman berkenaan tentunya menjadi satu momen istimewa buat Putri apabila bapanya sendiri mengakui potensi yang dimilikinya.

    View this post on Instagram

    A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

    Malah, Awie sebelum ini juga pernah memberikan galakan kepadanya untuk mencuba bidang lakonan sebaik mengetahui Putri menerima tawaran.

    MENARIK:  Nastia, Fynn Jamal & Amir Jahari Bakal Satukan Jiwa Dalam Konsert Eksklusif Oktober Ini!

    Menurut Putri, bapanya turut mengingatkan bahawa bakat sahaja tidak mencukupi jika seseorang itu tidak berusaha untuk terus belajar dan memperbaiki kemampuan.

    Daddy pernah cakap kepada saya bila dia dapat tahu saya dapat tawaran, dia galakkan saya untuk cuba.

    Kalau orang nampak ada bakat itu, maksudnya the talent is there. Pergi belajar, enhance, sharpen the talent,” kongsinya.

    The post POV XTRA: Putri Aleeya Buka Cerita Reaksi Awie Selepas Tonton Lakonannya Dalam ‘Dorm 403’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah