Fenomena microsleep atau tidur seketika ketika memandu dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isyariana Kongsi Tips Elak ‘Microsleep’ – ‘Paling Masuk Kepala Hafal Surah Masa Memandu’
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Kongsi Individu Berisiko ‘Microsleep’ – ‘Cukupkan Tidur Jangan Paksa Diri’
Microsleep

Menurut laporan The Sun, dianggarkan 20 peratus punca kemalangan jalan raya dikaitkan dengan faktor keletihan dan pemanduan dalam keadaan mengantuk.
Microsleep merujuk kepada keadaan mata pemandu yang mungkin masih terbuka namun otak dalam keadaan tidak sedar.
Keadaan ini lebih kerap berlaku ketika musim perayaan atau cuti sekolah apabila ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia iaitu Prof Dr Siti Zaharah Ishak, berkongsi beberapa tips yang dapat dipratikkan buat pemandu yang bakal pulang beraya.
Pemandu memerlukan kira-kira tujuh jam tidur untuk memastikan badan benar-benar segar sebelum memandu.
Kualiti tidur sebenarnya lebih penting berbanding sekadar tempoh tidur yang lama.
Pemandu yang mula berasa mengantuk dinasihatkan agar berhenti dan berehat di kawasan hentian rehat (R&R) sebelum meneruskan perjalanan bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Selain itu, membuka tingkap untuk mendapatkan udara segar juga boleh membantu mengekalkan tahap kewaspadaan ketika memandu.
Dalam pada itu, Siti Zaharah turut menekankan bahawa pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas boleh membunyikan hon bagi membantu mereka kekal terjaga selain memberi amaran kepada pemandu lain yang mungkin turut berasa mengantuk.
Jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, nyalakan lampu tinggi atau membunyikan hon sekali-sekala juga boleh membantu pemandu kekal terjaga.
Pada masa sama, tindakan tersebut turut berfungsi sebagai amaran kepada pemandu lain yang mungkin turut berasa mengantuk ketika berada di jalan raya.
Justeru itu, para pemandu dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan memastikan tubuh badan berada dalam keadaan cukup rehat sebelum memulakan perjalanan.
Langkah pencegahan seperti mendapatkan tidur yang berkualiti, berhenti berehat apabila mengantuk serta kekal peka terhadap keadaan diri ketika memandu amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini di jalan raya.
Sumber: The Sun
The post Tips Elak ‘Microsleep’ Semasa Perjalanan Pulang Ke Kampung Halaman first appeared on OHBULAN!.





