31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Haneesya Persoal Nasib Dalam Industri – ‘Sudah Lama Saya Rasa Tidak Dipedulikan’

    Shopee Sale

    Pelakon Sharifah Haneesya mengakui sering mempersoalkan kesilapan yang pernah dilakukannya pada 2018, terutama apabila dirinya masih sukar menerima tawaran berlakon.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Haneesya Dedah Sering Ditolak Setiap Kali Casting, Terkesan Kontroversi Lama Masih Diungkit – ‘Saya Bukan Sempurna’

    Artikel Berkaitan: Isu Bayaran RM18K Masih Belum Selesai, Sharifah Haneesya Tetap Teruskan Kes – ‘Bagi Saya Ini Soal Prinsip’

    Kurang tawaran sebab kesilapan lama?

    Menerusi perkongsian di Threads, Haneesya, 26, mendedahkan dirinya masih sukar mendapat peluang untuk membawakan watak besar dalam sesebuah naskhah.

    Malah, Haneesya mengakui ada ketika dia mula meragui kemampuan diri sendiri, meskipun tidak pernah berhenti menghadiri kelas lakonan sebagai usaha untuk memperbaiki kualiti diri sebagai anak seni.

    Sampai hari ini saya masih sukar untuk mendapatkan tawaran kerja. Kadang-kadang saya rasa macam masih perlu menanggung kesilapan yang saya lakukan pada tahun 2018.

    Saya dah lama dalam industri, tapi untuk dapatkan peluang bawa watak utama atau sekurang-kurangnya watak yang lebih besar memang sangat sukar bagi saya.

    Sampai sekarang, saya masih tertanya-tanya tentang diri sendiri. Adakah saya sebenarnya cukup bagus? Adakah lakonan saya okay? Betulkah saya mempunyai bakat?

    Saya pernah belajar teater selama dua tahun di Sekolah Seni. Saya pergi ke kelas lakonan dan terus berusaha untuk belajar serta memperbaiki diri sebagai seorang pelakon.

    Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, dia tidak pernah memilih termasuk menerima watak kecil demi terus berkarya dalam bidang yang diminatinya.

    MENARIK:  Janna Nick Tiada Niat Buat Lawak ‘Double Meaning’, Sebut Perkataan ‘Besar’ & ‘Keras’ Hanya Spontan – ‘Terima Kasih Tegur’

    Dalam pada itu, Haneesya berharap agar diberi peluang untuk membuktikan kemampuan diri menerusi watak yang lebih besar pada masa akan datang.

    Selama ini, hampir setiap watak yang datang kepada saya, saya terima. Malah, saya sanggup menerima watak yang orang anggap sebagai watak hina.

    Saya bukan berkata demikian kerana tidak bersyukur. Saya terima watak-watak tersebut kerana saya benar-benar mahu berlakon. Saya cuma mahukan peluang untuk membuktikan kemampuan diri.

    Sejujurnya, sudah lama saya rasa seperti tidak dipedulikan dalam industri ini.

    Sumber: Threads @sharifahhaneesya

    The post Sharifah Haneesya Persoal Nasib Dalam Industri – ‘Sudah Lama Saya Rasa Tidak Dipedulikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah