Pelakon Abby Abadi tampil membidas beberapa komen netizen yang menegur ucapan hari jadi buat anak perempuannya, Maria Danisha Hakim, yang disifatkan agak keterlaluan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’
Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian
Abby Abadi bidas netizen

Menerusi hantaran di Threads, beberapa netizen menyifatkan kenyataan Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, sesuatu yang toksik, selain memintanya menjaga hati anak-anak dan tidak menjauhkan mereka daripada bapa kandung.
Menjawab teguran tersebut, Abby menjelaskan bahawa orang luar tidak mengetahui sepenuhnya apa yang dilaluinya sepanjang membesarkan anak-anak selepas perceraian.
Apa yg toksiknya? Baru ni je saya bercakap tentang ini. Awak tahu ke apa yang jadi selama saya hidup ni? Tahu ke lepas bercerai saya mengalah untuk banyak hal.
Jadi bila sekarang saya nak bercerita untuk anak-anak tu supaya diorang boleh jaga hati maknya ni, apa masalahnya? Selama saya baik sebelum ni, awam tak kata apa-apa pun?
Abby turut mempersoalkan mengapa hanya ibu yang dianggap perlu menjaga hati anak-anak, sedangkan perasaannya sebagai seorang ibu juga perlu diberi perhatian.
Ibu je ke yang nak kena jaga? Anak-anak tak payah jaga? Bapaknya? tak payah jaga hak-hak maknya? Mak kecil hati anak susah?
Tak ada susahlah, insyaALLAH senang sebab bapa anak kayakan. Orang kata suami buat isteri rezeki tersekat, tak ada juga, elok je kan?
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengingatkan Abby supaya tidak mengungkit kembali kisah lama kerana bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada anak-anak.
Jelas Abby, perjalanan yang dilaluinya sejak mengandung, melahirkan sehingga membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak seperti apa yang difahami sesetengah pihak.
Tak payah lah cakap macam serba tahu. Dari saya mengandung baby tu bapaknya tak ada pun, tak balik. Nak bersalin baru balik, dah sekarang zaman konten baru awak nampak. Dulu anak tu dengan saya dari lahir dan bercerai.
Barang-barang yang dia yang beli semua dengan saya tau. Bapanya tak kasi satu sen pun, siapa yang lebih bertanggungjawab waktu tu?
Sebelum ini, ucapan Abby sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, mencuri perhatian ramai. Dalam ucapan tersebut, Abby meluahkan rasa kecewa dan berkecil hati susulan sesutu yang didakwa berlaku antara mereka.
Bagaimanapun, perkongsian Abby menerima kecaman apabila netizen menyifatkan aktres itu tidak sewajarnya mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap anak kandungnya sendiri.
Untuk rekod, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2022 sebelum bercerai pada 2009.
Selain Danisha, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Marissa Dania, 22 tahun.
Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman pula bernikah kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011.
Sumber: Threads
The post Dituduh ‘Toksik’, Abby Abadi Bidas Komen Netizen – ‘Awak Tahu Ke Apa Yang Jadi Selama Saya Hidup?’ first appeared on OHBULAN!.





