
Nak shopping sambil menang hadiah dan jumpa creator kegemaran? TikTok Shop bawakan TikTok Shop Bazar Raya 72-Jam LIVE Tanpa Henti dan Havoc Raya Fest yang confirm meriah gila! Jom tengok apa yang best!
72 jam livestream dengan tawaran gempak!
Dari 23-25 Mac ni, TikTok Shop akan live tanpa henti selama 72 jam dengan promosi khas dan sesi live bersama creator popular seperti PeeMondayz, Dear Caryn, Anas, Moncheri, dan Pinn Yang.
Bukan tu je, jenama besar seperti Sampin Exclusive, Zus Coffee, Perry Smith, Farm Fresh, dan Alha Alfa pun turut serta bawakan tawaran menarik khas untuk korang! Nak lebih jimat? Ada stackable vouchers sepanjang event ni, termasuk:
- RM5 off (min. belanja RM25)
- RM12 off (min. belanja RM80)
- RM30 off (min. belanja RM180)
- 30% off (capped RM120) (min. belanja RM350)
- RM100 off (min. belanja RM800)
Jangan lupa, ada unlimited free shipping, cashback, dan baucar dari TikTok Shop serta seller!
Nak tahu jadual penuh livestream? Korang boleh check di TikTok Shop Malaysia (@tiktokshop_my) atau website rasmi mereka!
Havoc Raya Fest: Jumpa artis & menang hadiah eksklusif!
Selain shopping online, TikTok Shop bawakan Havoc Raya Fest di Setia City Convention Centre dengan pelbagai aktiviti best!
Korang boleh join meet-and-greet dengan selebriti terkenal seperti Alif Satar, Fizo Omar, Khairul Aming, Che Sayang, dan Pinn Yang.
Jadual Meet-and-Greet:
- 22 Mac, 4PM-5PM: Fizo Omar & Mi Kari Pop
- 22 Mac, 5PM-7PM: Havoc Kitchen bersama Khairul Aming & Che Sayang
- 23 Mac, 11AM-12PM: Meet Pinn Yang
- 23 Mac, 2PM-4PM: Meet Alif Satar & Olive House
Masa datang, jangan lupa claim voucher RM5 TikTok Shop dan sertai giveaway untuk menang TikTok Shop Raya Gift Box yang penuh dengan goodies daripada 888 Tea & Coffee, N.A Chocojar, Nur Food, QQ Bee Popcorn, Mighty White, Aik Cheong, KKMY, NONGSHIM Malaysia, dan Mana Mart!
TikTok Shop Live Battle – Merchants berentap!
Satu lagi highlight menarik ialah ‘SIDEC Top EC 25 x TikTok Shop Live Battle’ pada 23 Mac, dimana 10 peniaga tempatan akan bersaing secara livestream untuk lihat siapa paling power dalam menjana jualan tertinggi!
Dari 21-25 Mac, ada 46 sesi livestream khas dengan peniaga tempatan popular dan promosi Raya eksklusif.
Nak tahu lebih lanjut? Buka TikTok app > Shop tab atau layari website rasmi TikTok Shop! Jangan lepaskan peluang untuk shopping puas-puas dan meriahkan Raya kali ini!





