
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), jenama tempatan serta pencipta kandungan afiliasi Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 100 peratus di TikTok Shop ketika musim kempen Ramadan dan Raya.
Kuasa pembeli

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, menegaskan kejayaan itu dapat dikecepai kerana kuasa beli pengguna yang lebih tinggi.
Pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 100 peratus yang dicapai oleh PMKS, pencipta kandungan dan jenama Malaysia mencerminkan komuniti kami yang semakin berkembang, kuasa beli pengguna yang lebih tinggi serta kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh.
TikTok Shop akan terus komited membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina mata pencarian yang lestari melalui e-dagang, sambil kami meneruskan momentum ini.
Momentum ini dipacu oleh kolaborasi yang lebih pelbagai antara penjual dan pencipta kandungan, yang melibatkan lebih tiga juta pencipta kandungan afiliasi dan lebih 1.7 juta penjual tempatan.
Purata jumlah pesanan bagi setiap pelanggan turut meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh bukan kempen, manakala peningkatan jualan tahunan jenama tulen dan premium di TikTok Shop Mall mencatatkan kadar hampir 1.2 kali ganda lebih tinggi berbanding pertumbuhan keseluruhan platform.
Permintaan pengguna yang tinggi dapat dilihat pada kategori produk perayaan utama, dengan Fesyen Muslim, Kecantikan & Penjagaan Diri serta Makanan & Minuman muncul sebagai kategori paling laris sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini.
Pemenang pada tahun ini

Antara pencipta kandungan afiliasi dan penjual yang menerima pengiktirafan di majlis malam anugerah ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop termasuk Anas Zahrin (Pencipta Terbaik), Khairul Aming (Siaran Langsung Terbaik).
Ia juga termasuk ELGINI Malaysia (Penjual Gaya Hidup Terbaik), Bulan Bintang (Penjual Fesyen Terbaik), Nur Food (Penjual Keperluan Harian Terbaik).
Pemenang yang lain adalah Skintific Malaysia (Penjual Kecantikan dan Penjagaan Diri Terbaik), GOOJODOQ Malaysia (Penjual Elektronik Terbaik), LadyBossRafa (Penjual Kesihatan Terbaik) dan ramai lagi.
Salah seorang pemenang iaitu pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi menyifatkan memenangi anugerah Penjual Fesyen Terbaik di ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop merupakan satu pencapaian membanggakan buat jenamanya.
Platform unik ini membolehkan kami melangkaui sempadan peruncitan tradisional, dan mentransformasikan kempen perayaan kepada hubungan yang bermakna dengan pelanggan.
TikTok Shop bukan sekadar saluran jualan, ia adalah tempat pertemuan antara e-dagang, budaya, penceritaan dan interaksi masa sebenar.
Kami berbesar hati untuk terus berkembang bersama platform e-dagang ini yang menyokong jenama tempatan Malaysia.
Bagi usahawan, PMKS tempatan dan jenama yang ingin merealisasikan potensi penuh perniagaan mereka melalui e-dagang, daftar sekarang di Pusat Penjual TikTok Shop dan terokai pelbagai kursus tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.





