28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Scha Alyahya Sebulan ‘Berkurung’ Dalam Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia – ‘Satu Kehilangan Yang Amat Besar’

    Shopee Sale



    Scha Alyahya

    Pelakon Scha Alyahya mendedahkan dirinya mengambil masa yang lama mengumpul kekuatan untuk kembali menjalani aktiviti harian selepas pemergian ibu tercinta, Junainah Hasim pada 7 Disember tahun lalu.

    Sebulan berkurung

    Scha Alyahya

    Reda dengan ketentuan Ilahi, Scha atau nama sebenar Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, berkata, dia perlu bangkit semula dan menerima takdir dengan hati yang terbuka.

    Saya semakin baik, alhamdulillah. Hari demi hari saya semakin kuat dan ada keyakinan untuk keluar dan lakukan aktiviti harian.

    Rupanya sudah sebulan saya tidak keluar dari rumah selepas arwah mak meninggal. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kutip semula semangat yang hilang dan ‘move on’.

    Saya memang sangat rapat dengan arwah mak. Apabila dia sudah tiada, memang sangat terasa dan satu kehilangan yang amat besar.

    Scha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran butik Amber yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.

    MENARIK:  Ikmal Amry Tak Menyesal Kahwin Muda, Alam Rumah Tangga Banyak Ajar Erti Kehidupan – ‘Ketika Itu Nama Sedang Di Puncak’

    Lupa sudah tiada

    Scha Alyahya

    Kongsi Scha lagi, adakala dia terlupa bahawa ibunya sudah meninggal dunia kerana sudah terbiasa membuat panggilan telefon setiap hari.

    Mak pernah pesan dekat adik saya, dia kata andai satu hari dia sudah tiada, dia paling risau dengan saya.

    Sebelum ini, setiap kali habis penggambaran, perkara pertama yang saya buat adalah telefon mak tetapi sekarang tidak boleh buat begitu lagi.

    Adakalanya, saya terlupa. Nak hubungi mak tapi lupa dia sudah meninggal dunia. Mahu atau tidak, saya perlu kuat dan harungi semua ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah