25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

    Shopee Sale



    Penyanyi Datuk Nora Ariffin reda untuk berdepan dengan kehilangan buat kali kedua sekiranya perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli berlaku.

    Rumah tangga Nora

    Menerusi temu bual bersama , pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin,52, berkata dia menyerahkan segala keputusan kepada takdir mengenai isu rumah tangganya ini.

    Terus-terang, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kematian suami terdahulu), dan kini diuji lagi.

    Tetapi saya percaya Allah susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya.

    Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti. Kami tidak bercakap sesuka hati.

    Nora berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.

    Penerimaan anak-anak

    Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Nora berkata dia bersyukur mereka memberikan sokongan penuh.

    Mereka tidak campur tangan kerana menganggap ini urusan antara ibu dan bapa.

    Kecuali jika mereka terlibat secara langsung, mereka tidak mahu masuk campur.

    Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.26 pagi tadi bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

    MENARIK:  Penyanyi & Penulis Lagu Berbakat Indonesia Sal Priadi Zuzuzaza Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

    Terdahulu, penyanyi lagu Naluri itu mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

    Kemudian, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

    Terdahulu, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

    Pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah