25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Jun Young Kongsi Petua Jaga Kulit, Amal Minum Banyak Air – ‘Itu Yang Saya Lakukan Sejak Dulu’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Lee Jun Young berkongsi rahsia di sebalik wajahnya yang sentiasa kelihatan segar dan berseri adalah disebabkan pengambilan air yang cukup pada setiap hari.

    Artikel Berkaitan: Ini Rupa ‘Sebenar’ Hero Kpop Pujaan Korang Sebelum Hot Macam Sekarang

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jimin BTS & Song Da Eun Didakwa Bercinta? Rakaman Di Apartmen Cetus Spekulasi Peminat

    Dah lama amalkan

    Ketika ditemui , Jun Young yang juga berusia 28 tahun itu berkata dia mengamalkan tips itu sebelum menceburi industri hiburan.

    Kata Jun Young, sebelum ini dia banyak menghabiskan waktu di luar rumah dan disebabkan itu dia mengamalkan pengambilan air yang cukup.

    Minum banyak air. Itu yang saya lakukan sejak awal dulu supaya sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga.

    Lagipun, saya banyak bekerja di luar, selalu berpanas tetapi sebagai tambahan saya guna produk pelindung tambahan untuk kulit wajah.

    Jun Young berkata demikian selepas sesi bertemu peminat di pusat beli belah Sunway Pyramid, pada Sabtu.

    MENARIK:  Kejujuran & Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Zamarul Hisham – ‘DM IG, Nombor Pin Bank, Semua Diana Tahu’

    Dalam pada itu, Jun Young yang pernah berkunjung ke negara ini berkata dia mahu mencuba makanan tradisional kegemaran rakyat Malaysia.

    Ada orang syorkan saya cuba nikmati nasi lemak.

    Walaupun pernah ke sini (Kuala Lumpur), saya belum lagi merasai kesedapan nasi lemak. Tentu saya merasa selepas ini.

    Terdahulu, pelakon drama bersiri When Life Give You Tangerines diterbangkan ke Malaysia bersempena pelancaran produk Nivea Luminous Skin Glow Serum.

    Pada sebelah malamnya pula, Jun Young menghadiri sesi khas bertemu dengan sekitar 1,000 peminat yang dijadualkan berlangsung di Jio Space.

    The post Lee Jun Young Kongsi Petua Jaga Kulit, Amal Minum Banyak Air – ‘Itu Yang Saya Lakukan Sejak Dulu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah