Pelakon Jazmy Juma menafikan dirinya seorang yang pemarah atau cepat melenting berikutan menegur individu yang didakwa mengganggu privasinya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Hilang Sabar, Mohon Hormati Kehidupan Peribadi – ‘Saya Terpaksa Bersuara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Beri Bayangan Hanya Berkawan Dengan Scha Elinnea – ‘Kami Profesional Bila Bekerja’
Melenting ada sebab

Ketika ditemui , pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu mengakui berasa terkesan dengan perkara tersebut sehingga menyebabkannya bertindak sedemikian yang turut menjejaskan karier serta emosinya.
Apa yang saya buat hari itu adalah siaran langsung dan meminta dia supaya jangan ganggu kehidupan peribadi saya.
Boleh saja nak ambil tahu fasal saya, tapi jangalah melampaui batas. Saya bukan jenis melenting, saya sangat memendam rasa selagi boleh.
Selagi saya boleh diam, saya diam sebab kadang-kadang itu lebih baik. Saya bukan juga orang yang pemarah tapi kalau saya marah, kawan-kawan saya tahulah macam mana.
Kadang-kadang benda itu mengganggu proses perjalanan hidup seharian dan kerja saya juga. Jadi, saya terpaksa bersuara.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama vertikal ‘My Ramadan Love Story’ yang berlangsung di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur pada Isnin.
Hal peribadi Jazmy

Menurut Jazmy, dia terbuka untuk menerima teguran daripada peminat, namun ada batasan yang perlu dijaga tanpa menggunakan kata-kata kesat atau meninggalkan komen yang melampau.
Saya cuma rasa tak semua benda boleh disentuh apabila melibatkan hal peribadi. Saya harap mereka hormat benda itu.
Mereka boleh nasihat atau beri tunjuk ajar yang baik. Kalau saya rasa perkara itu patut ikut dan baik untuk saya, saya akur. Tapi bila teguran atau kata-kata itu melampau, ada yang lebih-lebih, saya rasa macam tak boleh nak terima.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu memilih untuk tidak berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan gangguan yang diterimanya.
Tiada komen tentang itu (gangguan beri kesan hubungan dengan kekasih).
Saya buat siaran langsung itu bukan untuk melindungi orang saya sayang saja tapi melindungi diri saya sendiri.
Terdahulu, menerusi siaran langsung di TikTok, Jazmy memberi gambaran diganggu segelintir individu sehingga menjejaskan kehidupan peribadinya.
The post ‘Tak Semua Benda Boleh Disentuh Apabila Melibatkan Hal Peribadi’ – Jazmy Juma first appeared on OHBULAN!.





