Gara-gara tidak puas hati dengan bonus yang diterima, seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa telah membunuh majikannya.
Artikel Berkaitan: Nak Buru Haiwan Tapi Tertembak Rakan Sendiri, Sekumpulan Lelaki Bawa Lari Mayat 300KM & Tinggal Tepi Jalan
Artikel Berkaitan: Berang Cinta Ditolak, Remaja 16 Tahun Tamatkan Riwayat Rakan Sekolah Di Warung Kopi
Tak puas hati

Memetik laporan Tokyo Reporter, kejadian yang berlaku di daerah Ota itu berlaku pada 7 Januari lalu, menyaksikan mangsa iaitu Akihiro Kawashima, 44, seorang pengarah sebuah syarikat peralatan audio, telah diserang di apartmennya di Omorikit.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.
Mangsa, Masahiro Yamanaka yang merupakan pengurus jualan di syarikat berkenaan, mendakwa bahawa bonusnya telah dikurangkan tanpa sebarang penjelasan.
Difahamkan, sebelum ini bonus tersebut akan diberikan bersamaan 1.5 bulan gaji namun telah dipotong kepada sebulan gaji sahaja. Penyata bonus berkenaan turut dijumpai di rumah suspek.
Mangsa ditikam

Sementara itu, polis mendakwa suspek telah menikam mangsa lebih 10 kali di leher, perut dan beberapa bahagian badan lain. Polis juga memaklumkan suspek telah mengakui telah menikam mangsa tanpa niat membunuh.
Bagaimanapun, polis percaya bahawa terdapat niat jelas untuk membunuh berdasarkan kecederaan pada tubuh badan mangsa.
Sebelum menyerang, suspek juga dipercayai berada di kawasan apartmen mangsa. Polis menyatakan suspek menunggu mangsa di kawasan berdekatan kediamannya sebelum bertindak untuk menyerang.
Dalam masa sama, pihak forensik sedang melakukan pemeriksaan dengan teliti kesemua bukti termasuk pisau yang digunakan serta pakaian.
Mangsa dan suspek juga difahamkan adalah rakan sekelas semasa mereka di sekolah menengah sebelum masing-masing bergelar majikan serta pekerja.
Sumber: Tokyo Reporter
The post Tak Puas Hati Bonus Dikurangkan, Pekerja Bunuh Bos Dengan Tikaman Lebih 10 Kali first appeared on OHBULAN!.





