Tidak hanya mengehadkan kerjaya kepada dunia seni, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memaklumkan Flower Cafe miliknya bakal dibuka pada bulan depan sekali gus melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Kesal Akaun Palsu Sebar Fitnah Tukar Agama – ‘Saya Tak Faham Apa Motifnya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’
Side hustle

Ketika ditemui , Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, berkata ia tercetus kerana kopi sudah menjadi sinonim dalam kalangan ramai.
Disebabkan itu, pelantun lagu Penat itu mengambil pendekatan untuk menggabungkan kopi dengan kedai bunga memandangkan ia selari dengan minatnya.
Insha-Allah, sekarang kami tengah cuba untuk pastikan kafe dibuka pada bulan depan. Ini pertama kali saya buka kedai.
Selalunya orang akan buka kedai berasingan untuk kafe dan bunga, tapi dekat Kuala Lumpur banyak sangat kedai kopi dan sebagainya.
Tempat saya nak buka ni pun, banyak sangat kafe kopi.
Cuma saya memang minat bunga, jadi saya rasa budaya lepak kedai kopi memang kena dengan kita dan disebabkan itu saya buat keputusan untuk gabungkan kedai kopi dan bunga.
Mengulas lanjut, Daiyan berkata perniagaan ini hanyalah sampingan dan dia akan terus menumpukan kerjayanya sebagai aktor dan penyanyi.
Ketika ditanya tentang pandangan orang yang menganggap kedai yang dibuka oleh selebriti pasti laku, Daiyan Trisha mengakui itu adalah perkara yang paling ditakutinya.
Itu yang lebih menakutkan sebenarnya sebab jangkaan orang sudah tinggi tetapi kalau boleh saya nak elakkan perkara itu.
Saya baru berjinak-jinak nak buka kedai dan tengah belajar, jadi kalau ada kesilapan harap dimaafkan.
The post [VIDEO] ‘Flower Cafe’ Dijangka Buka Bulan Depan, Daiyan Trisha Risau Jangkaan Orang Ramai first appeared on OHBULAN!.





