30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Perlu Cantik, Penyondol Cuma Perlu Lelaki Tak Reti Bersyukur’ – Mimi Lana

    Shopee Sale



    Hantaran pelakon Mimi Lana di Instagram tentang isu orang ketiga di dalam perhubungan telah mencuri perhatian warganet.

    Pendapat Mimi

    mimi

    Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin berpendapat, wanita yang digelar ‘penyondol’ tidak perlu memiliki fizikal yang menawan. Sebaliknya, hanya memerlukan lelaki yang tidak tahu bersyukur.

    Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus dan putih.

    Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri.

    Pada hantaran yang sama, aktres berusia 29 tahun itu juga menggunakan lagu Pudar yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Datuk Rossa sebagai audio latar fotonya.

    MENARIK:  Tak Boleh Jawab Soalan Telur Atau Ayam Wujud Dahulu, Lelaki Tikam Kawan 15 Kali Sampai Mati

    Komen netizen

    mimi

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon filem The Expert itu.

    Ya, betul selalu penyondol lagi hodoh berbanding isteri.

    Kapsyen dia mendalam puas hati.

    Pemerhatian saya, penyondol ni suka lelaki atau suami yang tak reti bersyukur dengan pasangannya, tak kira yang kaya atau pun tidak.

    Difahamkan drama terbaharu Mimi iaitu Andai Tiada Dia sedang tayangkan dan dia juga membawa watak seorang ‘penyondol’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah