26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Mahu Masuk Campur, Konflik Lama Jadikan Pengajaran’ – Qistina Raisah

    Shopee Sale

    Pelakon, Qistina Raisah menegaskan tidak mahu mencampuri urusan dua rakan seperjuangannya, Mia Sara dan Puteri Balqis walaupun namanya turut dipetik.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Remaja Qistina Raisah Nafi Berpeluk Dengan Lelaki Di Tempat Umum – ‘Saya Keluar Mesti Ada Mak Sekali’

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Guna Ramai Kawan Tapi Suka Buka Aib Kita’ – ‘Repost’ Mia Sara Nasuha Raih Perhatian

    Jadikan pengajaran

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 18, berharap orang ramai melihat kontroversi yang pernah melibatkannya sebelum ini sebagai satu pengajaran.

    Throwback ‘(imbau kembali) tidak mengapa, tapi kalau macam sekarang ini saya okay saja.

    Saya tiada apa-apa nak cakap sebab sebenarnya saya pun tak tahu. Saya tahu benda itu tular selepas dua ke tiga hari kerana terlalu sibuk di Brunei.

    Kalau kalian nak ingatkan balik benda itu untuk jadikan sebagai pengajaran, okay saja tapi kalau lebih-lebih jangan, saya tidak tahu apa-apa.

    Memang tidak mahu masuk campur, mahu fokus kepada keluarga, hidup dan perniagaan sendiri,

    Qistina berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Bayu Somerset koleksi raya #somersetSYOKraya26 kolaborasi Eksklusif bersama Arif Rafhan, Bunga dan Bintang & Machino.

    Pelakon filem Rahsia itu berkata dia menyerahkan penilaian kepada orang ramai kerana setiap individu mempunyai pandangan berbeza.

    Reaksi? Biasa saja sebab saya dah biasa orang petik nama saya tiba-tiba.

    Benda pun dah beberapa tahun. Boleh periksa fakta dan baca sendiri. Pendapat kita kan lain-lain, kalau orang baca rasa saya salah, salah jugalah.

    Sementara itu, Qistina berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa dan lebih gemar bersikap mesra.

    Saya baik dengan semua orang. Kalau orang nak tegur saya, saya tegur balik.

    Kalau jumpa orang, saya salam dan tegur. Kalau orang tak nak tegur atau macam tak nak layan, tidak mengapa.

    Tapi saya tak pernah ada dendam langsung dengan sesiapa pun. Kita nak bersihkan hati, kalau kita benci orang lagi sakitkan hati sendiri dan serabutkan diri.

    Sejak konflik antara Puteri Balqis dan Mia Sara tercetus, nama Qistina turut dikaitkan namun dia memilih untuk tidak memanjangkan isu lama demi kebaikan semua pihak.

    MENARIK:  Pelakon Cantik Membuang Karier Seni Untuk Menjadi Tukang Cuci dan Pemungut Sampah Disebabkan Kebosanan

    Dalam perkembangan lain, selain Qistina, Anzalna Nasir dan Liza Hanim, anak perempuan Liza, Marsya turut hadir pada pelancaran koleksi Raya Bayu Somerset yang menampilkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga dan tujuh rekaan mewah.

    Kolaborasi bersama tiga jenama itu merangkumi empat rekaan kasut eksklusif dan empat skarf yang menawarkan pilihan versatil untuk raya.

    The post ‘Tak Mahu Masuk Campur, Konflik Lama Jadikan Pengajaran’ – Qistina Raisah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah