Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa rindu terhadap suaminya.
Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pertama Pada 2017 & Telah Rujuk Tapi Tak Didaftarkan’ – Peguam
Artikel Berkaitan: Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri
Tak dapat tengok abah

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Dr Afifah berkongsi bahawa rindunya sedikit terubat apabila melihat wajah anak lelaki kesayangannya itu.
Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ini pun cukup dah.
Masih sayang

Selain itu, menerusi satu posting berbeza, Afifah mengakui bahawa perjalanan rumah tangga yang sedang bergolak bukanlah perkara yang mudah.
Alhamdulillah untuk segala-galanya, termasuk bab yang tidak berakhir seperti yang saya harapkan.
Perjalanan ini memang tidak mudah. Namun, saya memilih untuk melangkah pergi dengan hati yang damai.
Afifah turut menyatakan bahawa dia masih menyimpan rasa cinta terhadap Nubhan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.
Saya masih menyimpan kasih dan sayang untuknya dan dengan tulus saya mengharapkan dia mendapat segala kebaikan.
Sebelum ini, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada mahkamah syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram
The post ‘Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Ibu Sorang Ini Pun Cukup’ – Isteri Nubhan first appeared on OHBULAN!.





