Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil memberi respon berhubung perkongsian anaknya, Cik B yang tular baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV & Leona Mesra Menari, Kapsyen Cik B Raih Sebak – ‘Di Kehidupan Lain, Saya Akan Jadi Anak Perempuan Yang Mama Impikan’
‘Tak sangka dia buat perkongsian itu’

Ketika ditemui OhBulan, Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Hasmiza Othman mengakui tersentuh dengan luahan anaknya.
Bagaimanapun, dia terkejut dan tidak menyangka Cik B memilih untuk berkongsi perasaan itu secara terbuka di media sosial.
Sebenarnya saya tengok perkongsian Cik B itu selepas ia viral, saya tak sangka dia buat perkongsian sebegitu.
Saya tak sangka dia luahkan itu di media sosial.
Tambah Vida lagi, anak perempuannya itu kerap merendah diri selain merasakan dirinya gagal memenuhi harapan yang diimpikan oleh seorang ibu.
Dia seperti betul-betul merasakan dia tidak cantik, sebab dia selalu cakap pada saya, dia tak boleh jadi anak mama seperti yang mama harapkan.
Saya pun selalu tanya dia sayang mama tak, dia cakap dia sayang, jadi dia memang katakan dia berharap dia boleh jadi anak perempuan seperti yang saya mahukan tapi dia tak boleh.
Vida berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-37 baru-baru ini.
Vida mahukan yang terbaik buat Cik B

Walaupun begitu, Vida akui dia kini dapat melihat perubahan positif dalam diri Cik B, terutamanya dari segi penampilan diri.
Tapi saya lihat, dia banyak berubah sekarang ini, seperti dulu dia tak bersolek dan dulu dia tak pakai pencuci muka, sekarang ini dia pakai dan muka pun bersih.
Dulu dia pernampilan ‘tomboy’, sebab dia selesa dan memudahkan dia,
Meskipun begitu, Vida menegaskan bahawa dia menerima Cik B seadanya dan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anaknya.
Insya-Allah dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Apa pun saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B.
Saya simpan kesedihan saya, saya tak nak tunjuk pada dia sebab saya nampak dia ‘struggle’ jadi anak perempuan yang kelihatan ‘girlish’.
Saya terima Cik B seadanya, saya sayang Cik B, apa-apa pun Cik B anak mama yang hebat.
Terdahulu, perkongsian Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin di TikTok menyentuh hati ramai.
Di kehidupan lain, saya akan jadi anak perempuan girly yang mama impikan. Tapi buat masa sekarang saya memilih untuk melindunginya.
Video yang memaparkan aksi Datuk Seri Vida dan pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berpelukan sambil menari bersama itu dirakamkan ketika kedua-duanya hadir sebagai artis undangan pada konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.
The post ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida first appeared on OHBULAN!.





