28 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’

    Shopee Sale

    Seperti tidak mampu lagi menahan sabar, pelakon, Saidah Kamarudin meluahkan rasa berang dengan tindakan bekas tunangnya yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.

    Artikel Berkaitan: Muntazar Ghufran Sahkan Sudah Putus Tunang Dengan Saidah Kamarudin, Berpisah Oktober Tahun Lalu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saidah Kamarudin Kini Tunang Muntazar Ghufran, Perbezaan Umur Jadi Perhatian

    Diganggu ex tunang

    Saidah atau nama lengkap Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 28, mendakwa, bekas tunangnya itu juga telah menghantar mesej kepada rakan-rakanya.

    Saya simpan sahaja aib awak, saya senyap dan tidak bercakap apa-apa. Sanggup awak godam TikTok saya dan ‘DM’ kawan-kawan saya. Awak jangan cabar saya.

    Saidah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok.

    MENARIK:  [VIDEO] Ramai ‘DM’ Nak Jadi Peneman Hidup, Khairul Aming Tanya – ‘Adakah Anda Bersedia Jadi Perhatian Orang Ramai?’

    Dalam perkongsian sama, Saidah turut mendakwa bekas tunangnya itu masih mengganggu kehidupannya.

    Pov: bila kau cuba untuk hidup tenang tapi ex tunang masih kacau hidup kau.

    Walau bagaimanapun, Saidah tidak menyebut mana-mana nama individu yang dimaksudkan dalam hantaran dibuatnya itu.

    Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.

    Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.

    Sumber: TikTok

    The post Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah