Tragedi Malam Pesta merupakan sebuah naskhah teater penulisan dan arahan Afiza Asram, yang membariskan barisan pelakon terkenal iaitu Beto Kusyairy, Nabila Huda, Aloy Paradoks serta Firdaus Karim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Diperlekeh Buat Drama Radio Tak Glamor, Tapi Saya Pandang Dari Perspektif Lain’ – Beto Kusyairy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Tolak Tepi Soal Bayaran, Fokus Kepuasan Dalam Lakonan
Sebuah kisah menarik

Karya di bawah terbitan Storyteller Production itu pertama kali dipentaskan adalah pada tahun 2022, namun kini kembali dan bakal menemui penonton pada 4 hingga 6 Disember 2026 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.
Menurut Afiza, naskhah ini sedikit berbeza dengan karya-karya yang pernah dihasilkannya, iaitu mengisahkan tentang pertemuan semula empat sahabat sejak zaman kolej yang membawa kepada pembongkaran rahsia mengenai teman baik mereka bernama Puspa.
Kalau dapat dilihat sebelum ini saya lebih kepada kisah kekeluargaan ataupun women empowerment.
Tapi untuk Tragedi Malam Pesta saya cuba sesuatu yang baru, saya cuba buat cerita thriller. Tetapi, saya mesti mencari premis cerita yang bagus untuk saya kembangkan.
Memang saya berniat untuk Tragedi Malam Pesta ini saya nak buat konsep intim dan lebih kecil pemainnya.
Selaku penerbit, Azuwan Ahmad berkata, pemilihan pelakon hebat untuk teater ini pula bukan semata-mata kerana populariti tetapi kemampuan masing-masing untuk menghayati watak yang diberikan.
Dalam pada itu, Nabila mengakui teater ini dapat membuka ruang untuknya meneroka dengan lebih banyak dari segi lakonan dan karakter yang dibawa.
Sebab yang paling seronok apabila kita berada di atas pentas, vibe sangat berbeza dan pengalaman itu yang paling besar. Dan apabila dapat tahu barisan pelakon yang terlibat membuatkan kita lagi teruja untuk meneroka.
Jadi bagi saya, semuanya mengenai pengalaman. Tidak kisah pun pelakon filem, drama, tapi sebagai seorang pelakon nak kena teroka sahaja apa yang ada dekat luar itu walaupun benda itu kecil.
Tambah Beto pula, pementasan teater disifatkan sebagai tempat untuknya berlatih, selain berpeluang bekerjasama dengan teman-teman rapat.
Untuk saya, teater ini saya anggap sebagai gim saya. Tempat untuk saya mengasah bakat, meneroka lebih dan apabila digabungkan dengan pemain-pemain ini dengan naskhah daripada penulis, ia adalah satu rezeki, selain saya ada kelapangan masa.
Jadi, memang tak ada sebab untuk saya tolaklah. Siapa tak nak berada di atas pentas dengan mereka ini?
Sementara itu, Aloy mendedahkan sebelum ini dia berasa ralat kerana tidak dapat menunaikan hasrat Allahyarham seorang rakan yang mahu melihat dirinya diberaksi di dalam karya teaternya.
Justeru, dia berjanji untuk tidak lagi menolak pelawaan jika diberikan kesempatan untuk mempersembahkan teater meskipun mempunyai kekangan masa.
Selepas itu saya fikir, kalau ada kawan-kawan tawarkan lepas ini, saya akan cuba buat kalau boleh, sekurang-kurangnya sekali. Supaya saya tak berhutang dengan mereka.
Saya macam Beto juga, untuk kembali bermain teater, kembali hidup dekat atas pentas, cabar diri dan di samping saya menjaga silaturahim saya dengan kawan-kawan saya.
Bagi Firdaus pula, Tragedi Malam Pesta disifatkan sebagai karya penutup bagi tahun 2026, yang diharapkan dapat memberi impak positif kepada penonton.
Saya rasa ini untuk penutup 2026, dengan masa yang cantik masa projek ini. Tuhan izinkan kita nak akhiri 2026 dengan satu naskhah projek dengan kawan-kawan.
Jadi rasanya ia cantik untuk kita tutup tahun ini dengan satu projek yang harapnya dapat memberi manfaat.
Untuk info, teater ini turut menerima sokongan menerusi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Tiket pula dijual pada harga RM95, dan promosi bagi pembelian dua tiket iaitu dengan harga RM 170. Dapatkan tiket anda segera di https://www.cloudjoi.com/shows/7718-tragedi-malam-pesta.
The post Teater Tragedi Malam Pesta Kembali Dipentaskan, Diterajui Beto Kusyairy, Nabila Huda, Aloy Paradoks & Firdaus Karim first appeared on OHBULAN!.





