
Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq menceritakan semula momen penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyediakan juadah untuk majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya, baru-baru ini.
Masak juadah raya

Menurut Saddiq, dia tidak pernah memaksa Bella untuk masak dan mencadangkan untuk menggunakan khidmat katering sahaja, namun aktres itu melakukannya secara sukarela.
Dia tengah masak, 30 saat sebelum itu dia dekat luar tengah duduk cangkung, bersihkan kuali. Masuk dalam balik, hidangkan ke luar.
Saya tak paksa, perkara sebaliknya berlaku. Saya suruh buat katering, Bella marah kata mana boleh.
Saddiq berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama Bella.
Sementara itu, Bella berkata, dia tidak akan melupakan kenangan itu dan menyifatkan sebagai momen yang menyeronokkan.
Sebab dekat rumah dia tak ada kuali yang banyak, tapi dia kata bukannya nak masak selalu yang untuk kenduri. Tak apa, kita guna kuali itu, dah kotor kita basuh dan guna balik.
Tapi pengalaman yang sangat best tanpa paksaan. Sebab ada yang cakap ‘jangan paksa Bella’. Kawan-kawan dia (Syed Saddiq) marah dia.
Mungkin korang dengar macam untuk 100 orang tapi korang lupa Bella kan berniaga laksa. Kita dah biasa last minit orang nak juga laksa. Dah biasa chaos itu, dah boleh kawal.
Berkongsi lanjut, Bella berkata, dia berasa segan ketika Saddiq memanggil beberapa rakannya masuk ke dapur dan melihat dia sedang ‘berperang’.
Korang tahu tak, dia bawa kawan masuk dapur. Nasib dia kenalkan, kalau tak saya rasa kawan dia ingat saya ini pembantu dari Filipina. Segan saya ketika itu.





