29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johan As’ari Terima Bayaran RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau – ‘Komitmen Saya Tidak Sampai Sebulan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Johan As’ari mendedahkan dirinya menerima bayaran sekitar RM70,000 ketika membintangi filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbikan pada 2023.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan As’ari Mahu Kahwin Dengan ‘Miss N’ Tahun Ini, Harap Percintaan Masih Utuh – ‘Jodoh Ini Rahsia Tuhan’

    Dibayar RM70,000

    Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 39, berkata jumlah tersebut dianggap lumayan memandangkan tempoh komitmennya di set penggambaran tidak sampai sebulan, walaupun keseluruhan produksi berlangsung selama 100 hari.

    Saya dibayar sekurang-kurangnya untuk 14 hari bekerja, iaitu kurang daripada sebulan dalam tempoh penggambaran 100 hari.

    Kena faham konsep penggambaran filem dahulu. Penggambaran dilaksanakan dalam tempoh yang panjang, tetapi komitmen setiap pelakon berbeza.

    Komitmen saya tidak sampai sebulan, alhamdulillah dibayar sebanyak RM70,000 untuk filem Mat Kilau.

    Johan berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Nada Bermakna yang dikendalikan oleh pempengaruh Islamik, Iddin Ramli.

    MENARIK:  Letak Yasin Bawah Bantal Sebab Takut Gangguan Jin? Ini Penjelasan Hukum Yang Anda Perlu Tahu

    Dalam pada itu, Johan turut memuji layanan yang diberikan oleh pihak produksi sepanjang penggambaran berlangsung.

    Katanya, kebajikan pelakon dijaga dengan baik termasuk dari segi makan minum serta tempat penginapan yang selesa.

    Makan minum semua ditanggung. Saya dan pelakon lain juga diberikan tempat tinggal yang selesa iaitu menginap di hotel.

    Terima kasih kepada Studio Kembara atas layanan yang sangat baik. Ini rezeki saya dan rakan-rakan pelakon lain.

    Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat kutipan sebanyak RM97 juta dalam tempoh hanya 40 hari tayangan.

    Selain Johan, filem terbitan Studio Kembara itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin.

    Sumber: TikTok

    The post Johan As’ari Terima Bayaran RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau – ‘Komitmen Saya Tidak Sampai Sebulan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah