Status perhubungan antara pelakon Julia Farhana dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz, telah mencetuskan spekulasi apabila mereka didakwa tidak menyambut Hari Raya bersama.
Artikel Berkaitan: Julia Farhana Pesan Bakat Baharu Bina Nama Dari Bawah – ‘Hantar Portfolio & Pergi Casting’
Artikel Berkaitan: Julia Farhana Dilabel Sombong, Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang – ‘Bila Penat Tak Larat Nak Berbual, Tenaga Dah Habis’
‘Unfollow’ di Instagram

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Che Hafiz atau nama lengkapnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum memuat naik foto bersama ibu ketika menyambut Aidilfitri tempoh hari, namun kelibat Julia tidak kelihatan.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasa di pagi raya saya akan singgah ziarah ibu dan ayah tercinta terlebih dahulu.
Sempat jugak merasa air tangan ibu buat nasi minyak ayam merah yang sudah lama mengidam.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.
Menjengah ke akaun Instagram Julia pula, mendapati tiada sebarang hantaran tentang sambutan Hari Raya pada tahun ini dan kali terakhir aktres tersebut berkongsi foto adalah kira-kira seminggu yang lalu.
Dalam pada itu, pasangan ini juga didapati tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di platform media sosial berkenaan, sehingga mencetuskan tanda tanya tentang hubungan mereka.
Untuk makluman, usaha untuk mendapatkan respon Julia berhubung isu ini gagal berikutan tiada maklum balas daripadanya.
Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.
Dr Che Hafiz sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Lufya dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura, 8. Namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.
Sumber: Instagram Che Hafiz, Instagram Julia
The post Status Hubungan Julia Farhana & Dr Che Hafiz Jadi Tanda Tanya..Tiada Gambar Raya Bersama & Saling ‘Unfollow’ Di Instagram first appeared on OHBULAN!.





