34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cara PAS nak urus krisis sangat simplistik, bahaya pada negara – Amanah

    Shopee Sale

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang dinasihatkan supaya mencermin diri sebelum mempertikaikan keikhlasan pemimpin kerajaan menguruskan kewangan negara ketika krisis tenaga global berlaku hari ini.

    Malah Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil, berkata PAS tidak perlu membawa teori ekonomi yang begitu simplistik lagi tidak realtistik dan tidak progresif.

    “Rakyat perlu menilai kaedah dan ‘formula’ simplistik PAS menangani krisis ini kerana ia amat jelas berbahaya kepada kestabilan ekonomi negara.

    “Bayangkan bagaimana keadaan negara dan kita semua jika mereka menjadi kerajaan dan berdepan dengan situasi yang sama sekarang.

    “Hakikatnya pandangan dan pendekatan PAS menunjukkan bahawa parti itu sama saja tidak boleh diharap, sama ada menjadi pembangkang apatah lagi menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

    Faiz yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menempelak sesetengah pemimpin yang dianggapnya gagal mengurus negara walaupun memiliki pelbagai sumber.

    Dalam hantaran terbarunya di media sosial, Ahli Parlimen Marang itu memulakan kritikannya dengan memetik kisah Nabi Yusuf AS yang memberikan khidmat mengelola Mesir menghadapi dugaan yang panjang.

    Katanya, Nabi Yusuf enggan bersenang-lenang berdampingan dengan raja Mesir ketika itu, justeru dia menawarkan diri untuk berkhidmat kepada negara bagi menyelamatkan rakyat yang berdepan dengan krisis ekonomi.

    "Bukan (tidak) semena-mena meminta jawatan, tetapi (Yusuf) tidak mahu mendapat kesenangan hidup secara percuma," katanya.

    Kerajaan tanggung elaun duta

    Bekas duta khas bertaraf menteri itu juga berpendapat, kemelut yang dihadapi rakyat bukannya berpunca daripada kekurangan hasil.

    MENARIK:  ESEI FOTO: Kian sepi, pawagam berusia 104 masih ada peminat setia

    Faiz menegaskan Abdul Hadi tidak layak untuk mempertikaikan kesungguhan kerajaan Madani yang mempertahankan subsidi kepada rakyat dalam bentuk bahan bakar termasuk nelayan RM1.65 seliter sebanyak 70 juta liter sebulan.

    Katanya, kenaikan jumlah subsidi Budi Diesel individu sebanyak RM400, Budi Agrikomiditi ditambah daripada RM300 ke RM400 dan insentif pembanjakan pesawah dinaikkan dari RM160 kepada RM300 sehektar membuktikan kata-kata Abdul Hadi tidak berpijak di bumi nyata.

    “Sepatutnya, Presiden PAS itu lebih peka dengan kedudukan kewangan negara yang perlu menanggung subsidi RM7 bilion sebulan bagi subsidi ini.

    “Dia tidak patut menunggang krisis ini untuk kepentingan politik dendam dan kebencian,” katanya.

    Gambar fail

    Faiz turut mengingatkan, ketika PAS menjadi kerajaan bersama PN, tiada dasar tuntas bagi membantu rakyat negara ini, termasuk tiada kenaikan subsidi minyak kepada nelayan ataupun petani.

    Pada masa sama dia menegaskan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, tidak mengambil sebarang gaji atas tugasnya itu berbanding Abdul Hadi di bawah kerajaan PN.

    “Dia (Abdul Hadi) pula sanggup mengambil jawatan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah walaupun ketika itu negara berhadapan krisis ekonomi ekoran Covid—19.

    “Jawatan tersebut bertaraf menteri yang melibatkan jumlah elaun yang besar dan perlu ditanggung negara ketika kewangan kita tenat.

    “Rakyat tidak nampak pun apakah sumbangan dia atas kapasiti tersebut,” kritiknya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah