25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiq Yusof Jadi Saksi Kes Buli Di Set Penggambaran – ‘Pihak Produksi Bertanggungjawab Untuk Menyelesaikan’

    Shopee Sale



    Pengarah, Syafiq Yusof merasakan pihak produksi memainkan peranan penting di dalam set untuk memastikan suasana penggambaran yang mesra.

    Kes buli pelakon lama dan baru

    Ketika ditemui , Syafiq menyuarakan pendapat mengenai isu buli di set penggambaran yang sepatutnya tidak berlaku pada mana-mana artis.

    Sebagai pengarah yang dah lebih berbelas tahun, saya pernah nampak kes buli yang berlaku di antara pelakon lama dan baru.

    Bagi saya, itu adalah tanggungjawab pengurus, pengarah dan penerbit produksi untuk menyelesaikan hal sebegitu.

    Apabila buat penggambaran, pihak produksi kena wujudkan suasana yang friendly supaya pelakon boleh menjayakan watak dengan selesa.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pada malam Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terus Sorok Serunding Sebab Malu Makan Dalam First Class’ – Pramugari Kongsi Kisah Mencuit Hati Bertemu Siti Nurhaliza

    Isu pelakon baru

    Berbicara lebih lanjut, Syafiq menyatakan segelintir pelakon baru tidak memahami konsep set penggambaran.

    Kadang-kadang pelakon baru mereka tidak dapat bezakan set penggambaran filem dan set penggambaran TikTok.

    Kalau kita buat filem atau drama memang perlukan kesabaran yang tinggi.

    Kita kerja dari pagi hingga pagi esoknya. Hal ini memerlukan stamina yang tinggi.

    Tambah Syafiq, dia berharap agar pelakon baru memahami rentak bekerja dalam industri dan pandai membezakan jenis penggambaran.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah