31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Tiri Puteri Balqis Hilang Sabar, Dedah Perangai Sebenar Mia Sara Nasuha? – ‘Isteri Aku Hampir Hilang Nyawa’

    Shopee Sale

    Konflik antara Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha semakin hangat apabila bapa tiri aktres itu tampil mempertahankan maruah keluarganya.

    Artikel Berkaitan: Pernah Dihina & Dibuli, Puteri Balqis Syukur Krew Produksi Dedah Cerita Sebenar – ‘Saya Ditolak, Dia Kata Saya Tak Famous’

    Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu – ‘Jangan Lupa Open Bottle Kat Club’

    Pendedahan bapa tiri Puteri Balqis

    Menerusi satu hantaran yang dikongsikan semula oleh Puteri Balqis di Instagram Story, lelaki tersebut didakwa hilang sabar terhadap fitnah pelakon Mia Sara kepada isterinya, Norashikin Mohd Aziz.

    Malah lelaki yang dikenali sebagai Faris itu mendakwa bahawa Mia Sara sebenarnya terlibat dalam pergaulan bebas, namun isterinya pula menjadi mangsa fitnah dan kecaman orang ramai susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres tersebut.

    Waktu kau sedap mabuk, hisap dadah, main dengan macam-macam jantan, isteri aku tanggung derita sebab mulut-mulut macam kau.

    Susulan daripada fitnah itu, Faris mendakwa isterinya berdepan dengan tekanan sehingga mengancam nyawanya sendiri.

    Aku hampir hilang nyawa isteri aku sebab mulut macam kau. Sampai mati aku tak maafkan kau.

    Isteri aku 100% clean lah. Kau buat manusia yang tak bersalah nampak jahat kat mata manusia. Betul-betul kau buat family kitorang nampak jahat dan nampak kau baik.

    ‘Orang percaya isteri aku bermasalah’

    Dakwanya lagi, selama ini mereka sekeluarga hanya mengunci mulut dan tidak mahu masuk campur meskipun tahu akan sikap sebenar Mia Sara di belakang kamera.

    Bertahun kitorang diam apa kau buat belakang kamera. Even anak aku bermusuh dengan kau, satu ayat pun tak keluar dari mulut isteri dan anak aku dekat set siapa kau sebenar.

    Yang bukak siapa kau sebenar bukan kami. Tapi kawan-kawan kau juga.

    Bagaimanapun, dia tidak sangka aktres itu tergamak melemparkan fitnah keterlaluan terhadap isteri dan anaknya sehingga orang ramai menyangka mereka keluarga yang bermasalah.

    Kau buat semua orang ingat family aku yang bermasalah. Orang percaya isteri aku bermasalah. Orang percaya anak aku kaki gaduh. Kau betul-betul si*a la betina.

    Ajak artis-artis kesayangan kau coverline kau. Ajak lagi. Artis-artis yang sanjung kau pun semua perangai sama dengan kau.’

    Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    MENARIK:  [VIDEO] Zhiddin Aziz Mohon Jenaka ‘Tangkap Kelantan’ Dihentikan – ‘Akan Menjadi Khazanah Bernanah’

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Malah seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua aktres itu mendakwa pernah terdengar perbualan antara Mia Sara dan pelakon Rykarl yang menghina Puteri Balqis.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    The post Bapa Tiri Puteri Balqis Hilang Sabar, Dedah Perangai Sebenar Mia Sara Nasuha? – ‘Isteri Aku Hampir Hilang Nyawa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah