Pelakon Adam Lee tidak berkecil hati apabila namanya tidak sempat disebut dalam ucapan kemenangan isterinya, Sweet Qismina ketika dua majlis anugerah berprestij baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Risau Sweet Qismina Cemburu Adam Lee Jadi Model Pakaian Bersama Siti Khadijah – ‘Dia Ada Je Depan Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Risau Sweet Qismina Cemburu Adam Lee Jadi Model Pakaian Bersama Siti Khadijah – ‘Dia Ada Je Depan Tu’
‘Saya faham benda tu, dia nervous’

Ketika ditemui , Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, berkata dia memahami situasi isterinya yang berada dalam keadaan gementar di atas pentas sehingga kadangkala membuatkan seseorang hilang fokus.
Wallahi tak terasa sebab dah tahu dah. Saya tengok video masa dia menang tu, saya faham.
FFM dia tak sempat sebab saya faham, nervous. Saya pernah berada atas pentas walaupun sekali, suara saya pun terkucil. Jadi saya faham sangat perasaan itu. Memang nervous sebab itu saya tak judge langsung.
Semalam pula, kalau faham orang putih, dia kata ‘backbones’. Tulang belakang. Tapi kita faham, rakyat Malaysia dia nak juga sebut nama tu.
Mengulas kejayaan isterinya yang membawa pulang dua trofi di peringkat nasional dan antarabangsa, Adam mengakui dia amat berbangga dengan pencapaian tersebut.
Memang dia layak. Dari umur 9 tahun sampai sekarang, 28. Pelakon kanak-kanak nak sustain sampai dewasa bukan mudah, tapi Sweet dapat benda tu.
Tak akan nak tunggu dia umur 40 baru nak terima benda tu? Kalau Allah kata rezeki kau, rezeki kaulah. Juri pun mesti nampak sesuatu pada lakonan Sweet Qismina. Alhamdulillah.
Adam turut mendoakan agar kejayaan itu menjadi permulaan kepada lebih banyak peluang untuk isterinya dalam industri seni tanah air.
The post Sweet Qismina Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah, Adam Lee Tak Kecil Hati – ‘Saya Faham, Dia Gementar’ first appeared on OHBULAN!.





