Pelakon dan model, Aween Ismail terpaksa membatalkan sesi penggambaran yang telah dijadualkan susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil, pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan Di Set Penggambaran, Alami Patah Tulang Rusuk
Cedera di muka

Menerusi hantaran di Instagram Story, Aween, 28, memaklumkan luka di wajahnya masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus memaksanya menangguhkan beberapa komitmen kerja bagi memberi ruang kepada proses penyembuhan.
Saya ingin memohon maaf kepada semua klien yang telah membuat tempahan untuk sesi penggambaran akan datang.
Dukacita dimaklumkan, saya terpaksa membatalkan beberapa sesi kerana keadaan wajah saya masih belum pulih sepenuhnya akibat kemalangan kecil yang berlaku malam tadi (Jumaat).
Meskipun tidak memperincikan kemalangan yang berlaku, Aween bagaimanapun berkata, kecederaan yang dialami tidak begitu serius.
Tiada apa yang serius, cuma saya memerlukan sedikit masa untuk benar-benar sembuh.
Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu turut meminta orang ramai mendoakannya agar segera sembuh.
Doakan agar luka ini cepat pulih dan insya-Allah saya akan kembali bekerja seperti biasa dalam masa terdekat. Terima kasih atas segala doa dan kefahaman anda semua.
Sementara itu, usaha OhBulan untuk mendapatkan kenyataan Aween tidak berjaya apabila mesej yang dikirim tidak mendapat respon.
Sumber: Instagram
The post Aween Ismail Mohon Maaf Terpaksa Batal ‘Photoshoot’, Cedera Di Wajah Akibat Kemalangan first appeared on OHBULAN!.





