25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sufian Suhaimi Dedah Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin – ‘Lepas Ini Jangan Panggil Baby Pian, Tapi Daddy Pian’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Sufian Suhaimi berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan isterinya, Rania Al Sadat bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka dalam masa terdekat.

    Artikel Berkaitan: Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun

    Bakal jadi bapa

    Sufian, 33, berkata dia kini tidak sabar menantikan detik bergelar bergelar bapa buat pertama kali.

    Betul, saya bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Selepas ini jangan panggil saya Baby Pian lagi, panggil saya Daddy Pian.

    Isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami tidak lama lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat. Dia akan bersalin bila-bila masa sahaja. Sekarang sudah hampir 37 minggu.

    Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Rusa Music yang berlangsung di ibu kota, pada Isnin.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Di Matamu itu memaklumkan dia sudah melakukan pelbagai persiapan dari segi fizikal dan keperluan asas bagi menyambut kelahiran bayi mereka.

    Saya sudah buat persiapan dari pelbagai sudut. Barang-barang kelengkapan bayi dan ibu semua sudah dibeli. Cuma dari segi emosi dan mental tu masih lagi berdebar.

    Sebab bila tanya kawan-kawan pun, tak ada yang 100 peratus bersedia bila nak dapat anak pertama. Jadi saya rasa saya pun dalam situasi yang sama. Tapi secara keseluruhan, memang sangat teruja.

    Saya ada juga masuk kelas pengurusan bayi. Selain itu, saya belajar melalui pelbagai sumber termasuk TikTok dan bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bergelar ibu bapa.

    Dalam pada itu, Sufian turut meluahkan rasa syukur apabila isterinya melalui tempoh kehamilan dengan baik tanpa mengalami sebarang alahan serius.

    Alhamdulillah, dia sangat kuat. Tak ada apa-apa yang ekstrem. Alahan pun ringan saja masa trimester pertama. Muntah pun tak banyak, mungkin tak sampai 10 kali.

    Mengidam pelik-pelik pun rasanya tak ada. Biasa saja sebab kami memang suka makan dan food hunting. Jadi sebelum dan selepas mengandung pun tak banyak beza. Kalau dia teringin makan apa-apa, saya akan cuba penuhi.

    Walaupun dia nampak manja dan lembut, sebenarnya dia sangat kuat. Kami juga cuba kekalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki hampir setiap hari.

    Untuk rekod, Sufian dan Rania mendirikan rumah tangga pada 2 Mei tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Terharu, Suami Guna ATV Hadiah Hari Lahir Untuk Bantu Mangsa Banjir – ‘Nak Ambil Warga Emas Ke Pusat Pemindahan’

    The post Sufian Suhaimi Dedah Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin – ‘Lepas Ini Jangan Panggil Baby Pian, Tapi Daddy Pian’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah